Friday, April 26, 2013

Ini Kalilah! [T.O.L.A.K]

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Dunia kemahasiswaan saya semakin tiba ke penghujungnya. Penglibatan dalam gerakan mahasiswa bermula pada tahun 2007 hingga sekarang 2013. Pelbagai kisah suka duka menjadi penyeri sepanjang bergelar mahasiswa. Mencipta sejarah bersama teman-teman.

Masih segar diingatan, ketika berasa lemah dan tidak bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam gerakan mahasiswa ini, tampil seorang sahabat yang memberikan kata-kata semangat,

'Dunia mahasiswa ini cuma sekali sahaja dalam hidup kita ni, jadi kita kena berikan yang terbaik dan bersungguh-sungguh untuk laksanakan agenda gerakan ini.'

Ya, kata-kata ini membuatkan saya diam seribu bahasa lantas berfikir dan membenarkan kata-katanya.

...............

Gelombang Anak Muda TOLAK UMNO/BN - TOLAK



Sebuah gerakan anak muda yang berani menyatakan tentangan terhadap kebobrokan rejim UMNO/BN. Solidariti mahasiswa dan anak muda terhadap gerakan ini membuktikan bahawasanya :

'Kami mahukan perubahan dalam pemerintahan kerajaan Malaysia!'



Siri jelajah TOLAK di seluruh Malaysia untuk mendapatkan tanda tangan 1 KM merupakan agenda yang telah menarik ribuan anak muda serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar.

Siri jelajah ini merupakan suatu perjuangan dan pengorbanan. Perjalanan yang menuntut lelah tapi membuahkan kepuasan apabila kehadiran Geng TOLAK mendapat sambutan dan sokongan daripada pelbagai pihak (termasuk pihak polis dan SB).

Masalah kewangan tidak menjadi penghalang untuk Geng TOLAK meneruskan perjuangannya. Kehabisan  duit poket ditampung oleh penduduk sekitar yang menghulurkan sumbangan. Sungguh terasa manisnya perjuangan ini!

Saya sempat mengikuti siri jelajah di Zon Selatan tanah air. Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang kami hadapi. Sering menjadi buruan SB dan polis. Gambar kami diambil. Kami dilihat sebagai pengganas. Pelbagai insiden yang berlaku. Pelbagai reaksi yang kami terima daripada penduduk sekitar. Ada yang memuji. Ada yang mengeji. Ada yang menyokong. Ada yang menentang. Provokasi yang kami terima, kami selesaikan dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana. Dan semua itu kami balas dengan senyuman yang tenang menunjukkan bahawa kami bukanlah pengganas.

....................

'Tinggalkan kami dengan penuh rasa bersalah, menunjukkan rasa cinta terhadap perjuangan ini'

Mesej dari seorang teman seperjuangan dari UPSI membuatkan saya tersentak dan hampir menitiskan air mata kesedihan apabila saya menyatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meneruskan siri jelajah hingga ke negeri terakhir, Pahang.

Saya sungguh sayangkan perjuangan ini tetapi saya terpaksa balik ke kampung halaman untuk urusan tesis.  Situasi sebegini membuatkan saya taraddud. Saya terpaksa. Kami berpisah di stesen bas. Selamat tinggal sahabat-sahabat. Kalian insan terpilih! Semoga kalian dalam jagaan Allah.




27 April 2013

Event kemuncak TOLAK akan menghamparkan 1KM tandatangan protes rakyat seluruh Malaysia di Dataran Merdeka pada jam 2 ptg.
















......................

Ya Allah berikan kami petunjuk, lorongkan kami pada jalan yang Engkau redhai, permudahkan urusan kami ya Allah. Ya Allah, kami ini hamba-Mu yang lemah, tiada daya, maka kuatkanlah hati-hati kami untuk terus berada dalam jalan juang ini. Ya Allah hanya kepada Engkau tempat kami meminta pertolongan. Kasihi kami ya Allah, rahmati kami ya Allah. Suburkan cinta dan kasih kami kepada-Mu dan Rasul-Mu ya Allah. Ya Rahman, Ya Rahim, ! Allahumma amin.!

Ini kalilah!

28 April 2013 - Jumaat - Kamsis Ungku Omar - PTSL

Hamzan Fauzani