Tuesday, October 8, 2013

Berdua

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Selawat dan Salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.


9 Syawal 1434H. 16 Ogos 2013. 10.30a.m.

Alhamdulillah, saya selamat dinikahkan oleh ayah tercinta, bersama pasangan Mohamad Khairul Anuar bin Che Mat Reduan, dengan hanya sekali lafaz. Alhamdulillah. 

 
Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan insan hebat ini!

Haazaa min fadhli rabbi.

Semoga Allah memberkati kehidupan kami dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah penyejuk mata.

p/s : Buat sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah, yang belum bertemu dengan 'insan yang betul dan tepat', jangan berputus harap dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk kalian. Sungguh Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. 

(sila lihat : http://hamizahani.blogspot.com/2013/02/15-25.html)

Inni Akhafullah!