Sunday, June 26, 2011

::Membaca Jambatan Ilmu::

"Hobi saya ialah membaca"

Ayat yang dituturkan sejak kecil lagi apabila orang bertanya tentang hobiku. Aku memang yakin hobiku ialah membaca. Sebab tak pernah aku ubah ayat itu, cuma ada tambahan hobi bila semakin meningkat dewasa. Sewaktu usia kecilku, aku gemar membaca pelbagai bahan bacaan, novel kanak-kanak,cerpen, akhbar, termasuklah komik. Apabila tiba usia remaja aku gemar baca majalah berbentuk pendidikan seperti Fokus SPM dan kadang-kadang buku motivasi karya Dr.H.M Tuah jadi pilihan. Dewasa kini, aku cuba-cuba pilih bahan bacaan yang sedikit berat untuk aku asah lagi pembacaanku. Kali ini bacaan berbentuk haraki aku cuba hadamkan walaupun agak sukar untuk kulumatkan di dalam pemikiranku.Ah! Rupa-rupanya bukan semua buku haraki itu 'berat', sebagai contoh buku Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah karya Mustafa Masyhur memang amat mudah untuk difahami. Cuma nak dengan tak nak sahaja. Aku akui memang agak sukar untuk menyentuh bahan bacaan berat ini kerana sentiasa dimomokkan dengan pelbagai kata-kata yang akhirnya membuatkan orang takut untuk sentuh dan baca buku-buku berkenaan. Alangkah ruginya kita walhal buku-buku sedemikian lah yang membuatkan otak kita ligat berfikir dan matang.

Aku kongsikan bersama dengan kalian kata-kata dari Tok Guru Nik Aziz :

"Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah takungan ilmu dan pengetahuan"

"Apabila tidak ada bahan yang dibaca maka pemikiran dan komunikasi mereka akan ketinggalan."




Aku kongsikan juga kata-kata beliau tentang kerisauannya dengan tabiat membaca generasi muda :

"Sebenarnya saya was-was dengan tabiat membaca di kalangan generasi pimpinan pelapis kita dan generasi muda Malaysia secara amnya. Remaja sekarang membaca buku atau tidak?Perkara ini boleh diuji melalui bilangan buku-buku yang dibaca oleh mereka sama ada membaca sebuah buku satu hari, sebuah buku satu minggu, sebuah buku satu bulan. sebuah buku satu tahun atau tidak membaca buku bertahun-tahun".

Hobi aku sama dengan Tok Guru, tapi memang aku tidak dapat tandingi beliau lagi. Belum lagi dan mungkin tidak mungkin. 

Kata Tok Guru lagi, "Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai 'bilik bacaan'.

Pengalaman kubertandang ke rumah beliau memang salah satu kenangan manis sepanjang hayatku. Walaupun ketika itu tidak dapat berjumpa dengan beliau secara berhadapan, tapi melihatkan keadaan beliau yang sedang membaca buku membuatkan aku sudah puas 'bertemu' dengan beliau. Alhamdulillah.

Tok Guru juga ada berkata : "Barangkali ramai orang mengingati ceramah saya kerana saya sering melontar idea dengan gaya pidato berbeza. Inilah hasil daripada amalan membaca dan membaca. Buku adalah teman ahli ilmu."



Pesanan beliau kepada generasi muda : "Lantaran itu saya sering menyarankan orang muda supaya menjadikan membaca itu suatu budaya. Jika diusia muda kita gemar membaca, maka jika ditakdirkan kita menjadi pemimpin kelak, kita akan menjadi pemimpin yang mempunyai daya berfikir yang tajam. Selaku umat Islam kita adalah khalifah Allah. Bagaimana ingin jadi khalifah kalau kita tidak mampu berada di depan?Bagaimana kita boleh mara kalau kita tidak mempunyai buah fikiran yang bernas? Bagaimana kita mampu berfikir secara bernas kalau kita tidak menghimpun idea melalui pembacaan?"

Kata-kata beliau yang membuatkanku berfikir sejenak dan aku dapat membuat sedikit rumusan iaitu betapa pentingnya membaca dalam kehidupan kita, sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah IQRA'.

Jom membaca! (^^)

p/s: tiada unsur fanatik dalam ruangan ini. ~peace no war~


Tuesday, June 21, 2011

::Sifat-Sifat Seorang Pendakwah::

Sifat-sifat seorang pendakwah boleh dikaitkan dengan akhlak iaitu perilaku yang sejajar dengan kehendak Islam seperti yang diterangkan di dalam al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah dalam sunnah baginda.
Pendakwah di jalan Allah merupakan manusia yang mengingatkan manusia lain akan hakikat pengertian kebaikan, segala kebaikan amal dan segala perkara yang meningkatkan  amal dan meninggikan darjat mereka, memperbaiki urusan mereka, menjauhkan mereka dari segala penyelewengan  dan kejahatan. Barangsiapa yang melibatkan diri di dalam arena dakwah mestilah bersungguh-bersungguh membentuk dirinya menjadi contoh yang baik kepada golongan yang diserunya.

Pendakwah adalah pembawa berita baik (bashir) dan berita menakutkan (nazir). Mereka merupakan pewaris kepada ulama dan para nabi (a.s.) yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran ajaran Islam. Oleh itu, para pendakwah perlu mempunyai sifat-sifat yang terpuji supaya menjadi ikutan baik kepada mad’unya. Sekiranya mereka tidak berada di dalam tempat yang selayaknya  dalam memikul beban dakwah daripada akhlak yang mulia dan sifat-sifat yang terpuji, maka sudah tentu semua manusia tidak mahu menerima dakwah mereka, bahkan menjadikan semua manusia lari daripada pendakwah daripada diajak ke arah kebaikan.

Berikut adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pendakwah :

-Benar

Sifat benar dalam berdakwah adalah merupakan asas segala keutamaan dan  sumber kepercayaan. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan supaya bersifat benar dengan firman-Nya :

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qçRqä.ur yìtB šúüÏ%Ï»¢Á9$# ÇÊÊÒÈ  
119. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.

Sifat benar yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga aspek iaitu hati, perkataan dan perbuatan. Benar dengan hati bererti ingin menuntut keredhaan Allah semata-mata, bukan sekadar ingin ,mencipta nama, mendapat pangkat dan harta.

Benar dengan perkataan menunjukkan bahawa lidahnya hanya menuturkan kata-kata yang benar sahaja dan menjauhkan kata-kata yang batil. Secara tidak langsung, perbuatan yang terzahir juga tidak mencurigakan dan bukan sekadar lakonan, malah perbuatannya terpancar kebaikan.

-Sabar

Sabar merupakan sebahagian daripada iman dan merupakan salah satu dari ciri-ciri orang yang beriman. Di dalam al-Quran, Allah telah memerintahkan supaya manusia berlaku sabar.

Firman Allah s.w.t :

÷ŽÉ9ô¹$$sù $yJx. uŽy9|¹ (#qä9'ré& ÏQ÷yèø9$# z`ÏB È@ߍ9$# Ÿwur @Éf÷ètGó¡n@ öNçl°; 4 öNåk¨Xr(x. tPöqtƒ tb÷rttƒ $tB šcrßtãqムóOs9 (#þqèVt7ù=tƒ žwÎ) Zptã$y `ÏiB ¤$pk¨X 4 Ô÷»n=t/ 4 ö@ygsù à7n=ôgムžwÎ) ãPöqs)ø9$# tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÌÎÈ  
35. (jika demikian akibat orang-orang kafir Yang menentangmu Wahai Muhammad) maka Bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah Engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab Yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan Yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang Yang mahu insaf). maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik - derhaka.

Sabar menurut bahasa ialah menahan dan mencegah, manakala istilah syara’ ialah terbahagi kepada tiga perkara iaitu, sabar dalam ketaatan, sabar dari kemaksiatan, dan sabar dalam menghadapi kesukaran dan ujian.

Sabar dalam ketaatan bermaksud sentiasa memelihara ketaatan, ikhlas dalam mengerjakannya dan berdakwah sesuai dengan apa yang diperintahkan syara’.

Sabar dari kemaksiatan pula bererti meninggalkan kemaksiatan  dan kejahatan. Perkara ini boleh tercapai apabila perasaan takut kepada Allah telah tertanam dalam lubuk hati akibat cinta kepada Allah melebihi cinta daripada selain-Nya. Di samping itu, kesabaran ini mampu mengekalkan keimanan dan mengelakkan diri daripada bergelumang dengan dosa.

Sabar dalam menghadapi kesukaran dan ujian bermaksud meninggalkan rasa benci dan keluh kesah di dalam hati serta mengadukan nasibnya kepada orang lain. Pengaduan hanya kepada Allah Yang Maha Esa kerana itu lebih bermakna dan hakiki.

Sifat sabar sangat penting bagi pendakwah kerana golongan ini perlu bersabar kepada dua perkara iaitu sabar untuk berjuang melawan nafsu diri sendiri dengan selalu membuat perkara kebaikan dan menjauhkan diri dari berbuat maksiat. Pendakwah juga perlu bersabar untuk berjuang  di dalam lapangan dakwahnya iaitu menyeru dan mengajak umat manusia untuk melaksanakan ajaran Islam.

-Kasih Sayang

Sifat lain yang terpenting yang perlu ada pada pendakwah ialah kasih sayang. Pendakwah harus mempunyai hati yang lembut yang penuh dengan kasih sayang kepada setiap orang dan mereka perlu mengasihi manusia umpama dia mengasihi dirinya sendiri. Sebagai contoh analogi seorang ayah mengasihi anaknya ialah dengan menghindarkan anaknya dari kebinasaan dan berusaha dengan sepenuh hati untuk menyelamatkan anaknya. Pendakwah yang bersifat kasih sayang tidak akan berhenti dakwahnya serta tidak akan berputus asa jika dakwahnya ditolak kerana mengetahui akan kejahilan orang yag didakwahkannya.

Di dalam al-Quran Allah s.w.t telah menerangkan sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya, dalam firman Allah s.w.t :

ôs)s9 öNà2uä!%y` Ñ^qßu ô`ÏiB öNà6Å¡àÿRr& îƒÍtã Ïmøn=tã $tB óOšGÏYtã ëȃ̍ym Nà6øn=tæ šúüÏZÏB÷sßJø9$$Î/ Ô$râäu ÒOŠÏm§ ÇÊËÑÈ  
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

-Tawadduk

Fadhil bin ‘Iyad memberi maksud tawadduk sebagai merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutinya, sekalipun nasihat itu dari orang yang jahil. Oleh itu, pendakwah memerlukan sifat tawadduk dalam diri mereka kerana sifat ini membantu melicinkan gerak kerja dakwah kerana mad’u tidak akan menerima perkataan dan nasihat dari orang yang sombong walaupun apa yang dikatakannya adalah benar, malah boleh menyebabkan timbul rasa benci kepada pendakwah.

Firman Allah s.w.t :

ôÙÏÿ÷z$#ur y7yn$uZy_ Ç`yJÏ9 y7yèt7¨?$# z`ÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÊÎÈ  
215. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman.

::perkongsian dari hamba-'assignment' Metodologi Dakwah::
















Rujukan: al-Quran, Abdullah Nasih ‘Ulwan-Akhlaq Para Penda’wah, Dasar-Dasar Ilmu Dakwah-Dr. Abdul Kareem Zaidan,

::Warkah Buat 'Abdullah Al-Faqir 1::

..Duhai hati ..
Ya Allah..rasa berdosa..aku tak suka perasaan nih..melaghakan aku..aku tak suka...benci...
Walaupun kata orang itu adalah fitrah..aku akui..kadang-kadang rasa bahagia..suka..tapi..tak kena dengan jiwa aku...aku tak gemar perasaan macam ni..ya Rahman bantulah aku melawan nafsu jahat ini..sesungguhnya aku ini  insan yang tersangat lemah di sisi-Mu ya Rabb..
Memang sebelum ini aku mencari-cari cinta..cinta yang kata orang untuk penuhi  fitrah insani..aku bersyukur,aku ditemukan dengan insan yang selayaknya untuk aku yang dhaif ini..tapi.,setelah kutemui..aku rasa takut..aku takut sekiranya aku melebihkan cintaku pada insan itu..
Aku berlawan dengan hati..aku berlawan dengan nafsu ini..aku tak nak ingat tentang dia..aku tak nak dia mendapat dosa kerana perbuatanku ini..tapi semakin aku cuba untuk melupakannya..semakin Dia uji aku..Dia nak uji diriku sejauh mana aku nak taqarrub padanya..cinta dan kasih pada-Nya..
Ya Rahim..aku nak dekat pada Kau..aku nak hampir pada Kau..aku nak Kau tidak jauh dari diriku yang hina dina ini..bantulah aku Ya Rabb!
“Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Waaduud..
Aku pohon pada-Mu..janganlah Kau kurangkan cintaku kepada-Mu,setelah aku ketemu insan yang bakal membimbingku..Sesungguhnya Kau sangat-sangat berhak untuk aku lebih mencintai dan mengasihi-Mu..
Ya Ghaffar..
Ampunilah dosaku sekiranya aku terlalai dari lebih mengingati-Mu..kerana aku ini hamba-Mu yang lemah,faqir dan mudah lupa..
Ya Razzaq..
Tambahkanlah kecintaanku kepada-Mu dengan Kau ringankan anggota badanku untuk berjuang mencari redha-Mu..-menuntut ilmu dan melaksanakan gerak kerja Islam..
Istajib doa’i  ya Allah..Ya Quddus..sesungguhnya Kau sebaik-baik tempat untuk aku meminta..
Ameen..


Kulipat kertas berwarna biru itu perlahan-lahan.Terima kasih duhai sahabat kerana memahami diriku..sungguh aku beruntung dipertemukan denganmu.Alhamdulillah..

Kau mengerti jiwaku.,kadang-kadang buat kupelik dan tertanya-tanya.Bagaimana kau tahu? 

Kau inspirasiku yang sentiasa menasihatiku di kala kumemerlukannya. Sungguh aku terharu dengan kehadiranmu. Alhamdulillah.

Aku akan nantikan suratmu yang seterusnya sahabat.

Terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah denganku. Semoga kita dapat bertemu lagi..
wassalam..
 
..cinta kepada perjuangan..