Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Berhenti Berharap
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yg kau beri
Aku terdampar di sini di sudut
menunggu mati
Aku tak percaya lagi akan guna
matahari yang mampu terangi sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap sampai
nanti suatu saat tak ada cintaku dapat
Kenapa ada derita bila bahagia
tercipta
Kenapa ada sang hitam bila putih
menyenangkan
Aku pulang
Tanpa dendam
Kuterima kekalahanku
Aku pulang
Tanpa dendam
Kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Aku berhenti berharap dan
menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat tak ada
cintaku dapat..
Anah termenung jauh. Pandangan di luar jendela biliknya bagai tiada makna. Mati. Lagu SO7 kerap diulang. Tiada jemu didengar. Adakala air matanya menitis. Adakala dia akan tersenyum dan ketawa besar bila dia menulis sesuatu di atas kertas. Perangai peliknya ini berlaku hampir 3 hari. Ah, Aku baru perasan! Sejak kebelakangan ini aku jarang berbual dengan Anah atas sebab aku menjadi AJK program 'Islam For All'. Komitmen itu buat aku terlupa tentang perihal teman sebilikku. Keadaannya menggusarkan aku. Bimbang!
Pagi itu, seusai solat Subuh aku hampiri Anah. Dia baru sudah melipatkan kain sembahyang dan terus ke meja belajar. Seolah-oleh tidak menyedari kehadiranku di sisinya. Aku menapak perlahan-lahan menghampirinya. Bahunya kusentuh dengan lembut. Anah sedikit tersentak.
"Anah sihat? Dah lama kita tak berborak kan?," aku cuba berbasa-basi sambil mengukirkan senyuman yang paling manis buatnya.
Tanpa kuduga, Anah terus memelukku dan menangis teresak-esak. Walaupun tergamam dengan tindakan Anah, aku segera menepuk lembut belakangnya, cuba menenangkannya. Lama. Pelukan aku terhadapnya juga aku kejapkan.
'Allahuakbar, kenapa Anah, kenapa begini?.' Hatiku berbicara. Ada sesuatu yang disembunyikannya dariku.
"Ceritalah, saya sudi mendengarnya," ujarku. Aku tahu Anah sangat-sangat memerlukan pendengar yang baik. Kami sudah biasa berkongsi kisah suka dan duka. Cuma sejak akhir-akhir ini kesibukanku menyebabkan kami jarang berbual. Salah aku!
Pelukan dileraikan. Air mata yang berjujuran dikesat dengan hujung baju kurungnya. Suasana kembali tenang. Kicauan burung di pagi hari sungguh mendamaikan dengan udara pagi yang nyaman. Lega.
"Saya minta maaf Ifah, saya dah buat awak susah hati," suara Anah jadi serak-serak basah akibat menangis. Dia cuba tersenyum padaku tetapi hambar.
"Saya tak nak susahkan Ifah, saya tahu Ifah sibuk dengan program-program persatuan," butir bicaranya walaupun perlahan tapi amat mencengkam di hati. Allahuakbar! Aku dah mengabaikan sahabatku ini.
"Saya minta maaf Anah, saya dah mengabaikan Anah,"
"Jangan risau Ifah, saya faham kondisi Ifah yang memang aktif dengan persatuan. Lagipun kita kan dah lama berkawan, tentulah saya tahu kenapa saya diabaikan," katanya cuba untuk menghiburkan suasana.
....................................................................................................................
Setelah mendengar kisah Anah hampir satu jam. Aku jadi empati dengan dirinya. Ya Allah, beratnya ujianmu sahabatku. Air mukanya tenang selepas menceritakannya padaku. Dari satu episod ke episod yang lain. Akhirnya ketemu jawapannya. Baruku mengerti kenapa dia bersifat demikian sejak kebelakangan ini.
Allahurabbi. Jiwanya terseksa dek seorang lelaki. Lelaki yang memberinya sejuta harapan. Akhirnya meninggalkan dia sendirian. Tidak keterlaluan rasanya bila aku labelkan dia seorang lelaki yang tiada hati kerana telah memainkan perasaan sahabat kesayanganku.
Moga Allah gantikan yang terbaik untukmu sahabatku!
Ketahuilah bahawa Pencipta Cinta kasih padamu!
http://www.myilham.com/blog/2011/07/saat-anda-putus-cinta/
http://www.myilham.com/blog/2009/08/sbm-5-jangan-permainkan-cinta/
http://www.myilham.com/blog/2011/10/panduan-ketika-jatuh-cinta/
Teman yang dikasihi kerana Allah,
Jaga diri, jaga iman, jaga peribadi.