Tuesday, May 29, 2012

Pecutan Terakhir



Alhamdulillah. Allah masih kurniakan nikmat iman dan islam. Fatrah sekarang, kian menghimpit. Assignment dan beberapa perkara penting perlu diuruskan. Peperiksaan kian hampir. Bak kata pepatah Inggeris, examination is around the corner! Persediaan untuk peperiksaan? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Kalau dalam mana-mana perlumbaan sekalipun.,minit-minit terakhir amat bermakna dan sangat berharga kerana pada waktu itu lah kita akan menggunakan waktu itu semaksimum mungkin. Percayalah! Ada taktiknya. Ada rahsianya.

Kalau kita bandingkan dengan situasi seorang pelajar ketika hendak menyiapkan assignment dan peperiksaan makin hampir (saya yakin kita semua mampu membayangkan situasi begini) serta kerja-kerja yang dihantar perlu tepat pada masanya. Kelam-kabut. Pening. Serabut. Allahuakbar!

Luahan seorang sahabat baik saya mengenai situasi sekarang yang agak menekan dan masa yang menghambat membuatkan saya termangu dan terfikir, ‘Ya, saya faham sebab saya berada pada tempat yang sama dengan dia’. Betapa amat perit dan susah. Di kala inilah, peranan sahabat sekeliling yang baik hati diperlukan. Walaupun tidak mampu membantu menyiapkan tugasan, yang paling utama ialah sokongan dan dorongan untuk kita terus berusaha dan yakin kita akan beroleh kejayaan. Percayalah, dengan kata-kata semangat yang ringkas seperti ; ‘Saya yakin awak boleh!’ telah membuatkan sahabat kita rasa terdorong untuk meneruskan usaha di kala keadaan yang menekan.

Major Depressive Disorder

Saya ketemu istilah ini melalui seorang sahabat. Agak janggal pada mulanya. Tapi ada sedikit tarikan dengan istilah ini kerana ia berkaitan dengan keadaan seseorang apabila dilanda masalah dan kemurungan. Antara ciri-ciri orang yang mengalami masalah ini biasanya akan mempamerkan mood yang sangat negatif meliputi segala aspek kehidupan, tidak berdaya dan berputus asa. Ini hanyalah gambaran ringkas tentang penyakit ini. Menurut penerangan yang lebih terperinci mengenai Major Depressive Disorder (MDD) ia menandakan penyakit ini sangat serius kerana melibatkan mental dan akal manusia seterusnya mengganggu cara kehidupan manusia.

Kita Hamba

Sebagai orang yang mengaku dirinya seorang muslim yang beriman dan bertaqwa perkara sebegini perlu dielakkan daripada terjadi. Walaupun kita akui kadang-kala  ‘inilah yang aku rasa’. Astaghfirullah! Maka, Saya ingin nasihatkan untuk diri saya dan sahabat-sahabat, teruskan dengan dekatkan diri kepada Allah. Baca al-Quran kerana di situ ada penawarnya. Sentuhkan dahi ke lantai tanda lemahnya kita disisi-Nya. Mohonlah kekuatan dan bantuan dari Allah. Dia Maha Mendengar. Dia mahu dengar rintihan hamba-Nya. Mintalah selagi mana kita berada di muka bumi ini. Mintalah selagi kita dikurniakan nikmat hidup. Mintalah. Mohonlah. Dia akan makbulkannya apabila telah sampai waktunya. Percayalah!

 Teruskan Usaha

Allah telah berfirman di dalam al-Quran, mafhumnya : ‘Jangan berputus asa dengan rahmat Allah’. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia mahu kita berada di bawah rahmat-Nya. Sentiasa. Kerap. Sehingga kita ketemu hikmahnya. Insha Allah kejayaan bakal milik kita bersama. Tersenyumlah. Saya yakin kalian akan mengukirkan senyuman itu, kalau tidak di bibir di hati pun boleh..! ^_^  Gambateh..!

Buat teman seperjuangan, 

Jangan berasa lemah
Kerana kau tidak keseorangan
Yakinlah kejayaan bakal milik kita bersama. (Optimis!)
Insha Allah
Amin..

Wednesday, May 23, 2012

Pada-Mu Selamanya




Sejenak kuimbasi kembali 
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke  barat
Dunia akhirat
Segalanya..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman hidupku

Kini bersendiri kumeniti hari
Ke kanan ke kiri
Kumenilai kembali jalan kulalui
Untuk dosa yang telah pergi
Walau tanpa kusedari air mata membasahi

Terasakan terbuka kunci pintu hatiku
Nanti mula ketenangan dijiwa yang keliru
Terurai kekusutan membaralah cinta diri-Mu yang Esa
Selamanya..