Saturday, June 23, 2012

Kad Wangi





Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Semasa entri ini dinukilkan, saya masih ada 3 kertas yang berbaki untuk diluahkan. Sejarah Pemikiran II, Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran dan Sejarah Tamadun Islam. Subjek yang perlu dibaca dan dihadam dengan teliti. Moga Allah mudahkan urusan saya.

Jumaat malam, saya sempat bertemu dengan sahabat-sahabat saya, berusrah bersama mereka dan mendengar pengisian penuh makna dari Ustaz Shukor, setelah penat memerah otak pada petangnya, Sikap Orientalis Terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah. Lega.

Usai usrah, kami dikejutkan dengan kad wangi oleh seorang sahabat kami. Dia bakal mendirikan mahligai indah bersama teman pilihannya tidak lama lagi. Ucapan hamdalah dan tahniah kami ucapkan. Saya tidak sempat bertemu dengan sahabat saya memandangkan dia pulang lebih awal, mungkin malu, mungkin mengejar masa.

Saya belek kad wangi itu, comel dan cantik, dihiasi dengan gambar kartun. Tersenyum sendirian ditambah gembira dengan berita ini. "Kak Miza bila lagi, kami tunggu kad wangi akak. Tak sabar ni", seorang sahabat mengusik saya. Usikan dia itu disambut oleh beberapa orang sahabat. Suasana sedikit riuh. Saja nak kenakan!

"Insha Allah, doakanlah!" ujar saya sambil tersenyum. Semakin galak mereka menyakat saya. Saya anggap itu hanya gurauan sahabat-sahabat saya yang sudah lama tidak ketemu. Saya raikan mereka yang mahu mengusik saya. Terhibur seketika.Usikan sebegini sudah banyak kali. Sudah lali.

Mazaya'ni Intima' Lil Islam. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga. Huraian dari Ustaz Fathi Yakan jelas tentang pembinaan rumahtangga Islam, dengan bahasa yang mudah dan senang difahami.

Tanggungjawab untuk menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat Islam. Cara pertama dan selari dengan matlamat ini ialah dengan membentuk rumahtangga Muslim. Menegakkan Islam di dalam 'masyarakat kecil' ini dengan menyampaikan dan mendidik keluarga dengan Islam. Firman Allah s.w.t. :

"Oleh itu janganlah kamu menyeru (menyembah) Tuhan yang lain disamping Allah yang menyebabkan kamu termasuk dalam golongan orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat. dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman. (As-Syua'ra' 213-215)


Oleh itu, tugas yang dipertanggungjawabkan secara langsung ke atas seorang Muslim, setelah tanggungjawab terhadap dirinya, ialah tanggungjawab terhadap keluarga, rumah dan anak-anaknya. Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan.  (At-Tahrim:6)

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci mengenai isu ini. Cuma mahu menjentik pemikiran saya dan pembaca tentang rumahtangga Muslim secara dasarnya. Saya belum cukup mahir untuk membicarakan tentang ini.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."

Amin..

Tuesday, June 19, 2012

Doa Cinta



Ya Allah, kurniakanlah aku perasaan cinta kepada-Mu, dan cintakan kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawaku kepada menghampiri cinta-Mu.

Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku, dan air sejuk yang pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu, dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadith riwayat at-Tirmizi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.)

Sunday, June 17, 2012

So Soon




Alhamdulillah.,moga Allah masih mahu melindungi dan mengasihi saya selaku hamba-NYA yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..moga Allah ampunkan dosa saya,ibu bapa saya,ahli keluarga saya, adik beradik seperjuangan saya, dan seluruh ummat Islam. Amin..

Entri kali ni.,saya persembahkan lirik lagu So Soon-Maher Zain.

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on 'cause I know it's been too long
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
I'll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I'm so thankful for every memory I shared with you
'Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn't help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we'll return, ooh

CHORUS

Lyrics: Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti





Sunday, June 3, 2012

Sabar Itu Indah


Alhamdulillah., entri kali ini saya bawakan sebuah cerita motivasi untuk tatapan kita bersama. Semoga beroleh manfaat di sebalik kisah ini.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan. Dia mengerjakan ibadah haji di Baitul Haram. Ketika bertawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang amat berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik wajah wanita itu, tidak lain pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apakah kau perkatakan,hai saudaraku?Aku terbelenggu oleh perasaan dukacita kerana risau, dan seorang pun yang menyekutunya dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Apakah hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan seorang yang masih menyusu, ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku berkata kepada adiknya, "Hai adikku, mahukah aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

Jawab adiknya, "Baiklah."

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya. Dia merasa takut melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan serigala, ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas itu lalu habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abu Hassan bertanya,"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang zahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Bagaimana sahabat-sahabat? Antara sabar dan keluhan. Sekali kita diuji., sama ada kita akan bersabar atau kita akan mengeluh. Pilih satu sahaja.

Terdapat beberapa dalil dari hadith Rasulullah s.a.w. menyuruh kita bersabar dan memberi kita peringatan supaya tidak berkeluh-kesah apabila ditimpa ujian;

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi, "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari dunia kemudian ia SABAR melainkan syurga baginya,"

"Tiga perkara daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, MENGELUH dan menghina nasab orang"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh,jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memakaikannya pakaian daripada wap api neraka."
 (riwayat Ibnu Majah)

Allahuakbar.

فصبر جميل 

Sabar itu indah

Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sabar dalam menghadapi segala musibah..

ومن يتصبر يصبره الله