Wednesday, March 27, 2013

Kembalikan



Alhamdulillah. اللهم صلى على محمد

[Monolog]

Saya punya ramai teman pembakar semangat, mereka ini ada di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, dan Darul Quran. Sebenarnya mereka ada merata tempat. Itu kenyataan yang tepat. 

Saya jadi rindu untuk bertemu dengan teman-teman ini. Mereka yang mula-mula saya kenal. Kami mendapat tarbiyah yang sama. Dibina jati diri demi Islam tercinta. Dipupuk semangat untuk menegakkan agama Allah. Diasuh cara berdakwah dengan cara hikmah. Saya jadi rindu untuk bersama mereka. Sungguh!

Ukhwah yang terjalin ini bukan calang-calang. Ukhwah yang bermatlamatkan Islam. Lain caranya. Allahurabbi, amat sukar untuk saya rungkaikan. Hanya mereka yang pernah merasainya yang tahu akan kelazatannya. 

Semoga Allah pelihara kami, menetapkan langkahan kami terus mencari redha Allah, mengikat hati-hati kami agar teguh menyampaikan risalah Al-Quran dan As-Sunnah. Allahumma amin..!

......................

[Usai membaca emel-emel lama dari teman seperjuangan. Kata-kata semangat. Kata-kata yang saling memberi kekuatan. Itu cerita lama. Di kala masing-masing baru mula bertatih di medan yang penuh ranjau. Kini, teman itu sudah melangkah laju malah sudah berlari jauh ke hadapan demi Islam tercinta. Bangga punya teman sebegitu. Berjiwa besar. Tidak mudah mengaku kalah. Sentiasa mahu menang. Jiwa muda yang sentiasa mencuba]

Cemburu dengan semangat juang yang ada pada teman ini. 

Moga Allah kembalikan ruh berjuang dalam diri ini.. Allahumma amin..!