Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak menulis sesuatu di sini.,hari ini Allah gerakkan hati dan jari-jemari ini untuk berkongsi sesuatu.
17 Ogos 2011, usrah bersama Ustaz Wak selama sejam cukup bermakna, tambah-tambah pengisiannya berkisar tentang cabaran seorang dai'e, yang mana isinya terasa sungguh dekat dengan diri ini selaku abnaaul harakah. Allahuakbar.
"Cabaran paling besar bagi seorang dai'e ialah DIRI SENDIRI," ujar Ustaz Wak.
Kata-katanya sedikit tegas.
'Kenapa diri sendiri pulak?' soalku dalam hati sambil otak ini ligat memikirkan jawapannya.
"Sebabnya ialah diri sendirilah punca segala-galanya. Sebenarnya dalam diri kita ini adanya titik-titik tarbiyyah", kata Ustaz Wak seakan menjawab soalan yang bermain di dalam fikiranku.
"Titik-titik tarbiyyah itu ada 4 iaitu AKAL, RUH, HATI dan NAFSU. 4 benda ini memang ada pada diri setiap insan. Jadi bagi memperkasakan diri supaya dapat menangkis segala cabaran yang bertandang, 4 perkara ni perlu kita perkemaskan dan perkukuhkan." mata Ustaz Wak meliar memerhatikan kami yang khusyuk mendengar dan mencatit mana yang perlu. Senyumannya buat kami turut tersenyum apabila mata masing-masing bertemu.
"Akal.,kita ini perlu dipersiapkan dengan ilmu. Ilmu yang utama ialah al-Quran, yang mana kita perlu pastikan al-Quran mesti ada dalam jiwa kita. Baca al-Quran bukan sekadar baca.,bacalah dengan sungguh-sungguh, tadabbur, fahami isi di dalamnya. Kalau boleh, beli tafsir al-Quran, Tafsir Fi Zilaalil Quran karya Syed Qutb sebagai simpanan dan rujukan. Kedua, hadith. Hafal hadith sebanyak yang mungkin, paling kurang hadith 40 karya Imam Nawawi. Ketiga, baca dan hadam buku-buku berkaitan fikrah harakah. Keempat, baca dan hayati sirah Rasulullah s.a.w. Sangat banyak yang contoh tauladan yang terdapat di dalamnya yang boleh dijadikan panduan. Seperti yang kita tahu, Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh."
Kami terus khusyuk mendengar. Sesekali akan terdengar suara tawa bergema di ruang Balai Islam Taman Cempaka disebabkan lawak antarabangsa Ustaz Wak.
"Seterusnya ialah persiapan ruh..kita rujuk surah al-Muzzammil, yang mana dalam surah ni Allah perintahkan supaya kita bangun malam dalam erti kata lain, beribadat di 1/3 atau 2/3 malam. Impak daripada qiyamullail ini, boleh menguatkan jiwa kita,"
Ya Allah..inilah puncanya kenapa mudah sahaja hati ni lemah bila ujian datang.
"Alhamdulillah.,dalam bulan Ramadhan ni dapatlah kita kerap buat qiyamullail, cuba kalau hari biasa..seminggu pun belum tentu sekali kita dapat buat," ayat Ustaz Wak buat kami semua tersengih. Ada benarnya. Muhasabah.
Ustaz Wak menyambung lagi.,
"Yang ketiga ialah hati. Selalu kan kita sebut masalah hati.,masalah hati.. Hati ni terbahagi kepada 2 pula, mahmudah (yang baik) dan mazmumah (yang keji)."
Bagaimana kita nak semai sifat yang baik ni supaya terus tumbuh dalam jiwa seorang dai'e? Adus...cabaran sungguh!
"Yang terakhir sekali ialah nafsu. Bulan Ramadhan adalah bulan mengawal nafsu. Nafsu makan, minum. tidur dan segala macam lagi. Kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidaayatul Hidayah, nafsu berpunca daripada perut,"
Nafsu punca dari perut? Kalau difikirkan secara logik betul jugak! Tiba-tiba teringat, antara cara untuk mengawal nafsu dari berleluasa ialah dengan berpuasa. Beruntungnya umat Islam, pelbagai ilmu dan cara hidup yang terbaik dah ditentukan.,tapi masih memilih cara lain untuk dijadikan kiblat. Allahuakbar!
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawasanya.,diri sendiri mempunyai peranan yang besar bagi menangani cabaran seorang dai'e. Caranya ditentukan oleh bagaimana seseorang itu menjalani kehidupannya sebagai individu muslim. Tepuk dada tanya iman.
p/s : sebenarnya banyak lagi perkongsian dari Ustaz Wak tapi aku hanya mampu sampaikan 'point'nya sahaja..semoga yang sedikit ni ada manfaatnya.,insha Allah..
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berjuang bersamaku.,semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan oleh-Nya, Allahu Rabbi!
kak, ade poiint 'lagi penting' akak xmuatkan bersama.. ;p
ReplyDeletemaisya..yang mana eh..? nikah 'silang' eh..? ^_^
ReplyDeletehaha.. praktikal ke teori tu?
ReplyDeleteteori dulu...praktikal belum tau lagi...
ReplyDeletekak maisya, poin penting tu minta di jelaskan.. heheh
ReplyDeletemaisya..sila jelaskan pada sara nanti.. (",)
ReplyDelete