Monday, October 24, 2011

::Belajar Daripada Angsa::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Alhamdulillah.,setelah sekian lama akhirnya tiba masa untukku perbaharui "isi' dalam KaLam HanG Li Po.. :)
Pengalaman sepanjang bergerak kerja dalam persatuan membuatkan diri ini bertafakur seketika.,sudah tahap mana kualiti kerja berpasukan aku? Pada aku.,adakala tempat dan suasana kita berorganisasi berjaya mempengaruhi tahap pemikiran dan ketangkasan kita dalam bergerak kerja. 

Kali ni angsa yang menjadi bahan kajian aku. Untuk makluman, angsa ini bukan inspirasi dari cerita 'The Ugly Duckling'.. :) 

Hm..Baiklah.,terus kepada perkara utama..

Imigrasi angsa dari satu tempat ke tempat yang lain dalam bentuk formasi 'V' membuktikan bahawa kerja berpasukan memerlukan sumbangan, kepercayaan, kebersamaan, kemahiran, motivasi dan natijahnya ialah keberjayaan dalam bergerak kerja (mencapai sasaran utama). Percayalah!



Jom sama-sama kita belajar dari angsa!

1. Apabila ada angsa yang terkeluar dari formasi 'V', angsa itu merasai kesukaran dan rintangan terbang bersendirian. Dengan segera ia terbang kembali masuk ke dalam formasi.
*anda terasa kesukaran apabila anda keluar daripada pasukan anda. Jangan rasa kedekut menyumbang kepada pasukan, kerana ia memberikan 'bantuan' kepada anda juga*

2. Setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang di belakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk 'V', angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72% lebih tinggi daripada terbang secara sendirian.
*apabila anda berkongsi matlamat yang sama dengan rakan sepasukan anda, juga mempunyai rasa kebersamaan; maka semakin mudah dan cepat anda mencapai destinasi yang ingin dituju. Bekerjalah secara berpasukan dengan penuh rasa kepercayaan antara satu sama lain*

3. Apabila angsa di hadapan berasa penat, ia undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah. Secara automatik akan ada angsa lain yang mengambil alih tempat itu dan menguasai formasi tadi.
*sebagai ahli pasukan, setiap ahli saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, ahli-ahli pasukan perlu menyumbangkan kemahiran,kemampuan, bakat, komitmen dan sumber yang dimiliki oleh setiap ahli*

4. Angsa-angsa yang berada di belakang, berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa di hadapan. Ini bertujuan menaikkan semangat angsa-angsa yang berada di hadapan supaya mengekalkan kelajuan.
*pastikan 'teriakan' anda dalam pasukan adalah berbentuk 'teriakan' yang memberi perangsang dan motivasi. Semakin banyak dorongan di kalangan ahli kumpulan, semakin hebat pasukan itu.*

5. Apabila ada angsa yang sakit ataupun ditembak jatuh, dua ekor angsa pasti keluar daripada formasi dan mengikuti angsa yang jatuh bagi melindungi dan memberikan bantuan. Mereka menunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula; ataupun dipastikan sudah mati. Kemudian, mereka kembali ke dalam formasi 'V' itu.
*bantulah rakan anda yang dalam kesusahan. Ini adalah sistem jaminan yang penting dalam pasukan. Dalam erti kata lain 'takaful' iaitu saling bahu-membahu. Dengan sistem ini, rakan-rakan dalam pasukan berasa selamat dan semangat hendak bekerja. 

Ya Allah sungguh apa yang ada di langit dan bumi ini terdapat pelbagai hikmah kejadian-Mu! Cuma samada kita termasuk di kalangan hamba-Nya yang berfikir atau lalai..fikir-fikirkanlah.. :)
P/s : pastikan kalian dapat berimaginasi sebagaimana angsa ini terbang tinggi di langit!..Aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai ahli dalam organisasi.,tak kira anda pimpinan atau ahli biasa.,kerana hakikatnya ia memerlukan sikap 'saling-saling'..


Sumber: 55 Petua Kerja Berpasukan (Dr. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fazli Yusof)

2 comments: