Thursday, April 26, 2012

Tetamu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani





Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Segala puji hanya untuk-Nya.

Insha Allah, sekiranya diizinkan-Nya (sungguh saya sangat-sangat memohon) saya akan berangkat ke Haramain (dua tanah haram; Makkah dan Madinah) pada 27 April 2012, jatuh pada hari Jumaat. 

Alhamdulillah, selepas mengharungi hari-hari yang penuh debaran, akhirnya Allah ketemukan jua ketenangan itu..insha Allah. Saya wajib hargai sungguh-sungguh sepanjang keberadaan saya di sana. 

Menjadi tetamu-Nya itu suatu anugerah. 
Menjadi tetamu-Nya itu suatu peluang.

Lafaz talbiyah,
Lafaz hamdalah 
Meniti di bibir

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..!

Allahurabbi,
Terimalah daku menjadi tetamu-Mu..!
.............................................................

Ketiadaan saya di bumi perbukitan ilmu, meninggalkan kuliah selama 2 minggu (selepas mendapat izin pensyarah) meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan yang sibuk dengan Festival Inspirasi Islam '12 ISIUKM (walaupun rasa bersalah kerana tidak bersama mereka, merasa susah payah menjayakan program ini tetapi saya yakin sahabat-sahabat saya mampu melakukan yang terbaik! ^_^ sebab saya tahu mereka insan yang terpilih dan hebat..! Saya bangga ada sahabat-sahabat sebegini..percayalah..!) 

Saya sangat rasa beruntung ada sahabat-sahabat seakidah yang terus-menerus semangat untuk meneruskan perjuangan.. yang saling memberi sokongan dan pertolongan.. Moga Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada kalian..

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya kerana tidak putus-putus mendoakan anakmu ini. 

Saya mohon doa kalian yang 'terbaca' entri ini., agar saya diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan dapat melakukan amal ibadah dengan khusyuk dan tenang. 

Wassalam.

9589
Taman Pitis


No comments:

Post a Comment