Sunday, June 26, 2011

::Membaca Jambatan Ilmu::

"Hobi saya ialah membaca"

Ayat yang dituturkan sejak kecil lagi apabila orang bertanya tentang hobiku. Aku memang yakin hobiku ialah membaca. Sebab tak pernah aku ubah ayat itu, cuma ada tambahan hobi bila semakin meningkat dewasa. Sewaktu usia kecilku, aku gemar membaca pelbagai bahan bacaan, novel kanak-kanak,cerpen, akhbar, termasuklah komik. Apabila tiba usia remaja aku gemar baca majalah berbentuk pendidikan seperti Fokus SPM dan kadang-kadang buku motivasi karya Dr.H.M Tuah jadi pilihan. Dewasa kini, aku cuba-cuba pilih bahan bacaan yang sedikit berat untuk aku asah lagi pembacaanku. Kali ini bacaan berbentuk haraki aku cuba hadamkan walaupun agak sukar untuk kulumatkan di dalam pemikiranku.Ah! Rupa-rupanya bukan semua buku haraki itu 'berat', sebagai contoh buku Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah karya Mustafa Masyhur memang amat mudah untuk difahami. Cuma nak dengan tak nak sahaja. Aku akui memang agak sukar untuk menyentuh bahan bacaan berat ini kerana sentiasa dimomokkan dengan pelbagai kata-kata yang akhirnya membuatkan orang takut untuk sentuh dan baca buku-buku berkenaan. Alangkah ruginya kita walhal buku-buku sedemikian lah yang membuatkan otak kita ligat berfikir dan matang.

Aku kongsikan bersama dengan kalian kata-kata dari Tok Guru Nik Aziz :

"Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah takungan ilmu dan pengetahuan"

"Apabila tidak ada bahan yang dibaca maka pemikiran dan komunikasi mereka akan ketinggalan."




Aku kongsikan juga kata-kata beliau tentang kerisauannya dengan tabiat membaca generasi muda :

"Sebenarnya saya was-was dengan tabiat membaca di kalangan generasi pimpinan pelapis kita dan generasi muda Malaysia secara amnya. Remaja sekarang membaca buku atau tidak?Perkara ini boleh diuji melalui bilangan buku-buku yang dibaca oleh mereka sama ada membaca sebuah buku satu hari, sebuah buku satu minggu, sebuah buku satu bulan. sebuah buku satu tahun atau tidak membaca buku bertahun-tahun".

Hobi aku sama dengan Tok Guru, tapi memang aku tidak dapat tandingi beliau lagi. Belum lagi dan mungkin tidak mungkin. 

Kata Tok Guru lagi, "Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai 'bilik bacaan'.

Pengalaman kubertandang ke rumah beliau memang salah satu kenangan manis sepanjang hayatku. Walaupun ketika itu tidak dapat berjumpa dengan beliau secara berhadapan, tapi melihatkan keadaan beliau yang sedang membaca buku membuatkan aku sudah puas 'bertemu' dengan beliau. Alhamdulillah.

Tok Guru juga ada berkata : "Barangkali ramai orang mengingati ceramah saya kerana saya sering melontar idea dengan gaya pidato berbeza. Inilah hasil daripada amalan membaca dan membaca. Buku adalah teman ahli ilmu."



Pesanan beliau kepada generasi muda : "Lantaran itu saya sering menyarankan orang muda supaya menjadikan membaca itu suatu budaya. Jika diusia muda kita gemar membaca, maka jika ditakdirkan kita menjadi pemimpin kelak, kita akan menjadi pemimpin yang mempunyai daya berfikir yang tajam. Selaku umat Islam kita adalah khalifah Allah. Bagaimana ingin jadi khalifah kalau kita tidak mampu berada di depan?Bagaimana kita boleh mara kalau kita tidak mempunyai buah fikiran yang bernas? Bagaimana kita mampu berfikir secara bernas kalau kita tidak menghimpun idea melalui pembacaan?"

Kata-kata beliau yang membuatkanku berfikir sejenak dan aku dapat membuat sedikit rumusan iaitu betapa pentingnya membaca dalam kehidupan kita, sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah IQRA'.

Jom membaca! (^^)

p/s: tiada unsur fanatik dalam ruangan ini. ~peace no war~


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hobi aku pon membaca..same cm ko..klo dulu hya buku2 motivasi atau novel yg jd penemanku exspcially be4 tido..tp skrg tgh lg mencuba membace buku2 haraki..tp x ditggalkan buku2 kegamaran aku dulu..hehe...yg mslh skrg..buku2 makin byk dibeli..tp sebulan nk abis stu tu mmg ssh la..hehe..sme2 istiqomah dlm membaca..tp quran jgn lupe bace lak yek..hehe

    ReplyDelete
  3. terbaik! teruskan usaha membaca..al-Quran mmg tetap dihati..xleh tandingi...dapat taklifan seminggu sekali habiskan baca buku sebuah..memang suatu cabaran...tapi memang best..

    ReplyDelete