Wednesday, August 31, 2011

::I Believe::

-aku percaya-


Aku percaya
Janji Allah itu pasti

Aku percaya
Akan tiba masanya

Aku percaya
Setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia

Aku percaya
Aku ini khalifah di muka bumi ini

Aku percaya
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untukku

Aku percaya
Ada hikmah di sebalik perjalanan hidupku

Aku percaya 
Allah tempat terbaik untukku berserah dan meminta pertolongan

Aku percaya
Al-Quran dan hadith adalah rujukan utamaku

Aku percaya
Suatu waktu nanti aku akan kembali kepada al-Khaliq




"Ya Allah tetapkanlah kepercayaanku ini..matikanlah aku di jalan-Mu"



Friday, August 19, 2011

::Diri Sendiri::



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak menulis sesuatu di sini.,hari ini Allah gerakkan hati dan jari-jemari ini untuk berkongsi sesuatu.

17 Ogos 2011, usrah bersama Ustaz Wak selama sejam cukup bermakna, tambah-tambah pengisiannya berkisar tentang cabaran seorang dai'e, yang mana isinya terasa sungguh dekat dengan diri ini selaku abnaaul harakah. Allahuakbar.

"Cabaran paling besar bagi seorang dai'e ialah DIRI SENDIRI," ujar Ustaz Wak.

Kata-katanya sedikit tegas.

'Kenapa diri sendiri pulak?' soalku dalam hati sambil otak ini ligat memikirkan jawapannya.

"Sebabnya ialah diri sendirilah punca segala-galanya. Sebenarnya dalam diri kita ini adanya titik-titik tarbiyyah", kata Ustaz Wak seakan menjawab soalan yang bermain di dalam fikiranku.

"Titik-titik tarbiyyah itu ada 4 iaitu AKAL, RUH, HATI dan NAFSU. 4 benda ini memang ada pada diri setiap insan. Jadi bagi memperkasakan diri supaya dapat menangkis segala cabaran yang bertandang, 4 perkara ni perlu kita perkemaskan dan perkukuhkan." mata Ustaz Wak meliar memerhatikan kami yang khusyuk mendengar dan mencatit mana yang perlu. Senyumannya buat kami turut tersenyum apabila mata masing-masing bertemu.

"Akal.,kita ini perlu dipersiapkan dengan ilmu. Ilmu yang utama ialah al-Quran, yang mana kita perlu pastikan al-Quran mesti ada dalam jiwa kita. Baca al-Quran bukan sekadar baca.,bacalah dengan sungguh-sungguh, tadabbur, fahami isi di dalamnya. Kalau boleh, beli tafsir al-Quran, Tafsir Fi Zilaalil Quran karya Syed Qutb sebagai simpanan dan rujukan. Kedua, hadith. Hafal hadith sebanyak yang mungkin, paling kurang hadith 40 karya Imam Nawawi. Ketiga, baca dan hadam buku-buku berkaitan fikrah harakah. Keempat, baca dan hayati sirah Rasulullah s.a.w. Sangat banyak yang contoh tauladan yang terdapat di dalamnya yang boleh dijadikan panduan. Seperti yang kita tahu, Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh."


Kami terus khusyuk mendengar. Sesekali akan terdengar suara tawa bergema di ruang Balai Islam Taman Cempaka disebabkan lawak antarabangsa Ustaz Wak.

"Seterusnya ialah persiapan ruh..kita rujuk surah al-Muzzammil, yang mana dalam surah ni Allah perintahkan  supaya kita bangun malam dalam erti kata lain, beribadat di 1/3 atau 2/3 malam. Impak daripada qiyamullail ini, boleh menguatkan jiwa kita,"

Ya Allah..inilah puncanya kenapa mudah sahaja hati ni lemah bila ujian datang.

"Alhamdulillah.,dalam bulan Ramadhan ni dapatlah kita kerap buat qiyamullail, cuba kalau hari biasa..seminggu pun belum tentu sekali kita dapat buat," ayat Ustaz Wak buat kami semua tersengih. Ada benarnya. Muhasabah.


Ustaz Wak menyambung lagi.,



"Yang ketiga ialah hati. Selalu kan kita sebut masalah hati.,masalah hati.. Hati ni terbahagi kepada 2 pula, mahmudah (yang baik) dan mazmumah (yang keji)."



Bagaimana kita nak semai sifat yang baik ni supaya terus tumbuh dalam jiwa seorang dai'e? Adus...cabaran sungguh!

"Yang terakhir sekali ialah nafsu. Bulan Ramadhan adalah bulan mengawal nafsu. Nafsu makan, minum. tidur dan segala macam lagi. Kata Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidaayatul Hidayah, nafsu berpunca daripada perut,"

Nafsu punca dari perut? Kalau difikirkan secara logik betul jugak! Tiba-tiba teringat, antara cara untuk mengawal nafsu dari berleluasa ialah dengan berpuasa. Beruntungnya umat Islam, pelbagai ilmu dan cara hidup yang terbaik dah ditentukan.,tapi masih memilih cara lain untuk dijadikan kiblat. Allahuakbar!

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawasanya.,diri sendiri mempunyai peranan yang besar bagi menangani cabaran seorang dai'e. Caranya ditentukan oleh bagaimana seseorang itu menjalani kehidupannya sebagai individu muslim. Tepuk dada tanya iman.  

p/s : sebenarnya banyak lagi perkongsian dari Ustaz Wak tapi aku hanya mampu sampaikan 'point'nya sahaja..semoga yang sedikit ni ada manfaatnya.,insha Allah..



Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berjuang bersamaku.,semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan dan kesusahan yang dikurniakan oleh-Nya, Allahu Rabbi!























Tuesday, August 9, 2011

::34 Tahun Menerjang Badai, ISIUKM Komited Mendukung Islam::




Tanggal 9 Ogos 2011, Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) telah genap bertapak di bumi UKM selama 34 tahun. Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan Sekalian Alam yang telah memberi kekuatan buat badan dakwah induk ini untuk terus menerajui mahasiswa yang cintakan Islam di UKM dan menjadi platform utama kepada mahasiswa Islam untuk bergerak menegakkan syiar agama yang dicintai selama 34 tahun. 

34 tahun ISIUKM bertapak di bumi ilmu UKM, bukan sedikit ranjau dan duri yang diterjang bagi memastikan badan dakwah ini terus bernyawa dan subur menapak dalam kalangan mahasiswa UKM. 

Dengan misi mahu menjadikan Islam sebagai ad-deen atau cara hidup di bumi UKM, ISIUKM bertekad akan terus komited membawa suara Islam dan menjadi saluran utama buat mahasiswa Islam menggembleng tenaga ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Sejarah 34 tahun bertapak di UKM, menjadikan ISIUKM membesar dan matang setelah mengalami beberapa kali jatuh bangun dan turut berperanan dalam mencorak warna sejarah kebangkitan mahasiswa era 70-an sehingga kini. 

Ikatan Studi Islam UKM ditubuhkan pada 9  Ogos 1977 oleh sekumpulan mahasiswa UKM yang datang dari pelbagai fakulti pengajian UKM. Bermula dari saat itu, ISIUKM sudah tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berusaha mencorakkan mahasiswa dan mengembangkan pengaruhnya sehingga wujudnya branch ISIUKM di setiap kolej kediaman yang dikenali sebagai myISIUKM.

Kejayaan dan kejatuhan silih berganti, pengalaman manis dan pahit sepanjang tempoh 34 tahun telah menjadikan ISIUKM terus kuat dan komited terhadap cita-cita yang dibawa selama ini.

Sejarah ISIUKM pasti tidak akan lupa, bagaimana badan dakwah ini pernah difitnah oleh sesetengah individu sehingga namanya meniti di peringkat antarabangsa. Malah ISIUKM turut pernah berdepan dengan ancaman pengharaman oleh pihak pentadbiran akibat kepentingan sesetengah pihak, namun kebijaksanaan kepimpinan ISIUKM dalam mendepani segala ranjau ini telah menyebabkan persatuan Islam ini terus bertahan di perbukitan ilmu sehingga ke hari ini. 

ISIUKM telah berdiri di atas 3 pasak utama iaitu tarbiyyah, dakwah dan siyasah. Asas-asas ini tidak pernah diabaikan oleh generasi demi generasi kepimpinan ISIUKM bermula tahun 1977 sehingga kini. Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ISIUKM pasti akan merangkumi 3 asas utama ini sebagai tanda aras keberjayaan sesuatu pogram.

Dalam hal tarbiyyah, selama 34 tahun ISIUKM terus komited menjadikan asas ini sebagai tunjang utama melalui kegiatan usrah secara konsistn di setiap peringlat sama ada kolej atau fakulti. Program usrah yang diatur melalui badan dakwah ini telah disistemkan dengan sebuah sistem usrah yang lengkap serta merangkumi silibus yang mencakupi seluruh aspek kehidupan sebagai seorang mahasiswa Islam.

Begitu juga dalam pelaksanaan asas dakwah, ISIUKM tidak pernah lupa menjadikan dakwah sebagai target utama dalam setiap program yang dijalankan. Sejarah 34 tahun ISIUKM bertapak di bumi UKM, dakwah ISIUKM telah sampai sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak malah turut menembusi sehingga ke bumi Kemboja.

Kerjasama dan jaringan yang baik dengan badan-badan dakwah yang lain telah menjadikan ISIUKM terus belajar untuk survival pada masa akan datang dan meningkatkan keberkesanan dakwah ISIUKM dalam kalangan mayarakat kampus.

Dalam hal siyasah, sejarah membuktikan ISIUKM adalah antara kilang penghasilan pemimpin yang begitu ramai tidak kira dalam kalangan mahasiswa ataupun pimpinan masyarakat pada masa kini. Justeru, ISIUKM terus berazam untuk menerapkan professionalisme dalam setiap gerak kerja dan urus tadbir yang dibuat dan menjadi medan latihan terbaik buat setiap ahli ISIUKM melatihkan sifat kepimpinan mereka dalam segenap segi.

Kini, 2011 menyaksikan ISIUKM terus berkembang dalam pelbagai segi termasuklah jumlah keahlian, pelaksanaan program dan pelbagai lagi. Kami di peringkat kepimpinan Ikatan Studi Islam UKM mngucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga kampus yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap badan dakwah ini sepanajang keberadaannya di bumi UKM.

Kami sekali lagi bertekad, akan terus komited mendukung Islam sebagai wadah perjuangan ISIUKM di perbukitan ilmu ini. Sokongan dan bantuan dari seluruh warga kampus UKM adalah amat-amat diharapkan untuk kami terus mengorak langkah mencorakkan mahasiswa UKM ke arah eperti yang tercatat dalam lembaran visi dan misi kami.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid,
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM

-Lajnah Informasi dan Penerbitan ISIUKM-

Sunday, August 7, 2011

::Kalam "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah::

 Jom tarbiyyah diri..kata temanku,.erti tarbiyyah itu sendiri sangat luas!
 
Aku rindu zaman ketika halaqah adalah keperluan,
Bukan sekadar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban,
Bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan,
Bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan,
Bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
Bukan tuntutan, penghujahan dan perdagangan

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan,
Bukan su’udzan atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika
Kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku rindu zaman ketika
Nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika
Hadir liqa adalah kerinduan
Dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika
Malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah
Dengan wang yang cukup-cukup
Dan peta yang tak jelas

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta
Sepulang menyampaikan da’wah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika
Pergi liqa selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan Quran terjemah
Ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika kader menangis karana tak bisa hadir di liqa

Aku rindu zaman ketika
Tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah berangkat liqa
Dengan duit dibahagikan buat belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat,
Para kader yang bersamanya mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu..

Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami

Ya Rabb
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini
 p/s: sumber ini diperolehi dari seorang sahabat..perkongsian bersama.. 
Diri ini sangat tertarik dengan bait kata-kata 'Sang Murabbi'.,,moga mendapat ibrah yang terselit dicelahan kata-kata ini.

Monday, August 1, 2011

::Kau Tidak Keseorangan::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2 Ramadhan 1432H bersamaan 2 Ogos 2011, diri ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu. Air mata seorang sahabat di pagi hari membuatkan hatiku turut sebak dan sayu. Perpisahan setelah sekian lama bergerak kerja secara bersama. Walaupun perpisahan yang cuma seketika, sementara menanti Syawal yang bakal kunjung tiba sudah cukup membuatkan air mata mengalir. Ah, sahabatku yang seorang ini memang sangat sensitif orangnya! Sifatnya itu membuatkan aku turut merasakan kesedihan yang melanda dirinya.

Sabarlah, kau tidak keseorangan, kerana masih ramai lagi sahabat di sisimu, mungkin kau tidak perasan dengan kehadiran mereka yang sudi bersamamu. Aku percaya kesedihan kau itu akan terubat. Percayalah!

Sahabat, aku mengerti perasaanmu. 

Cuma satu lagi pesananku., kalau kau masih lagi merasai keseorangan, ingatlah bahawasanya Allah pasti bersamamu..

..Kau tidak keseorangan..

 ..Bersama Selamanya..

 Ukhwah itu indah bila kerana Allah.. :)