Tuesday, July 9, 2013

Istimewanya Ramadhan Ini



Ramadhan Kareem (Ramadhan bulan mulia)

Allahu Akram..! (Allah itu lebih Mulia)

.......................................

29 Syaaban 1434H

Saya akur dengan nasihat dari seorang teman, apabila saya pinta sesuatu dari beliau agar saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tesis, jawapannya mudah tapi menusuk hati, malah saya malu sendiri.

Katanya :

'Jadikan Ramadhan kali ini sebagai motivasi, insha Allah. Teruskan usaha dan fokus betul-betul. Kurangkan FB. Semoga terus kuat..'

Air mata hampir menitis dengan nasihat yang diberikan. Terima kasih teman. :')


Ramadhan kali ketiga di bumi UKM memberikan 1000 erti.. Pelbagai cerita dan kisah sebelum sampai ke bulan penuh mulia ini. Alhamdulillah., terima kasih ya Allah kerana mengizinkan hamba-Mu yang dhaif ini untuk kembali kepada fitrah.

Allahuakbar. Allah, saya mahu suci sesuci kain putih. Mahu dicorak dengan lebih kemas. Allah, izinkan daku untuk menjadi lebih suci dan diberkati-Mu..! :'(

Alhamdulillah.. Terima kasih juga kepada mak dan ayah yang banyak berkorban untuk anakmu ini. Pelbagai ragam, tapi tetap dilayan dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit keluhan. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan mak ayah kepada saya. :')

...................

Selesai..

...................

Hamiza Hani Omar,

Sekarang fokus untuk siapkan tesis..!

Teruskan.. 

Sesekali jangan undur ke belakang.. 

Semoga terus kuat...!

Terima kasih Allah..

1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013

No comments:

Post a Comment