Kuliyyah Syari'ah
Semester baru di Universiti Mu'tah bermula. Sudah masuk minggu ketiga. Masa untuk para tullab rajin melangkahkan kaki ke kelas. Walau cuaca adakalanya sejuk dan terasa nyaman berada di dalam selimut.
Alangkah beruntungnya para tullab ini. Berada di bumi syuhada'. Hampir dengan sahabat Rasulullah s.a.w. Mengambil semangat jihad daripada syuhada' Mu'tah. Alangkah!
Diri ini turut mahu mengambil peluang yang ada. Bukan mudah-mudah dapat datang ke bumi Urdun. Alhamdulillah. Rezeki.
Suamiku sudah mendapatkan keizinan daripada pensyarah agar saya dapat mustami' dalam kelas yang sama dengan beliau. Alhamdulillah setakat ini sudah dua orang doktor (kata ganti bagi pensyarah) yang memberi keizinan untuk saya turut serta dalam kelas pengajian. Kalau diikutkan dari kata sahabat saya di sini, tidak perlu minta izin, hanya masuk bila ada tempat kosong. Tapi memandangakan saya bukanlah pelajar jami'ah, maka suami saya rasa bertanggungjawab untuk meminta keizinan dari doktor. Mahu 'berkat' katanya.
Insha Allah bakal mustami' di Jam'iah Mu'tah. Allahumma yusahhil! :)
Qul Alhamdulillah!
Jazakallah khairan jaza' kepada suami dan sahabat yang memberi semangat untuk saya mustami' :)
.......................
mustami' : duduk mendengar
tullab : pelajar (ramai)
jami'ah : universiti
Qul Alhamdulillah : ucapkanlah 'segala puji bagi Allah'
No comments:
Post a Comment