Thursday, March 26, 2015

Ustazah Hani

Alhamdulillah..

Allah beri kesempatan untuk diri ini berkhidmat di SMK Dang Anum, Merlimau sebagai guru ganti.

19 Januari 2015,

Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Jasin, saya diminta untuk lapor diri di SMK Dang Anum sebagai guru ganti Pendidikan Islam.

Oh, tidak.. tiada persediaan ketika itu. Berdebar-debar dibuatnya. Pelbagai persoalan timbul. Akhirnya, mak menenangkan diri ini. Alhamdulillah..!

Lapor diri. Bertemu dengan Tuan Pengetua, Tuan Haji Abu Bakar bin Muhammad. Satu pesanan yang masih berbekas ialah,

'Pastikan betul-betul dianggap guru oleh pelajar,'

Adui, telan air liur, dalam hati, tapi daku tetap jawab,

'insha Allah'

...............................

26 Mac 2015.

Sedar tak sedar, ini hari terakhir daku mengajar di sini. Macam-macam ragam budak sekolah yang daku jumpa. Yang penting, pengalaman mengajar. Itu yang utama. :)

Teringat masa mula-mula tu, ada pelajar tanya,

'Ustazah, ini sekolah yang ke-berapa ustazah jadi guru ganti?'

'Ini yang pertama,'

'Betul ke ustazah, macam tak percaya je,'

Huhu. betul la, daku cuma tergelak je.

.................................

At the end, di hari terakhir, budak perempuan 2 Anggerik ada yang menangis selepas bersalam dengan daku. Oh..sebaknya, tapi daku mesti kuat dan tenang.. [,..berlagak~]

1 Kenanga - yang masih terawang-awang.. [masih sekolah rendah/dah masuk sekolah menengah?]

2 Anggerik - budak kelas Rancangan Khas (RK), atau senang kata budak bijak. Ok la..~

3 Bakawali - kelas yang banyak soalan., adakala daku terpaksa jawab, boleh tak , ustazah kata yang ustazah tak tau.,pastu diorg pun blur.. hihi..

3 Mawar - kelas yang paling kecoh daku mengajar, walaupun cuma 12 orang, bisingnya mengalahkan ada 30 orang! Layankan je..~

.......................................

'ala kulli haal.. Alhamdulillah.. mendidik, berdakwah.. itu yang utama..

3 comments:

  1. Kami rindu ustazah..so much.. 3mawar semua miss ustazah..ingat kami lagi tak??

    ReplyDelete
  2. of course la.. cmne blh jumpa blog ustzah? korg mmg pandai explore...smpaikan slm rindu ustzh kt sume ya.. :)

    ReplyDelete
  3. okay.. kitorang mmg pandai.. anak murid ustazah kan.. :))

    ReplyDelete