Monday, May 9, 2011

..Doa Rabithah..

Ya Allah sungguh hati ini teramat rindu kepada sahabat-sahabat seperjuanganku. Suka dan duka kita tempuhi bersama. Doa Rabithah pengikat hati-hati kami. Ya Allah Kau kuatkanlah hati-hati kami agar tidak jemu berada di jalan dakwah-Mu. Sungguh aku akui jalan yang kupilih ini amatlah susah dan payah untuk kuharunginya bersendirian, namun aku bersyukur kerana Kau kurniakan sahabat-sahabat yang baik untukku hadapi rintangan dan cabaran di dunia ini. Sungguh aku bersyukur..! Alhamdulillah..


Sesungguhnya Engkau tahu,
Bahwa hati ini telah berpadu,
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu,

Bertemu dalam ketaatan,
Bersatu dalam perjuangan,
Menegakkan syariat dalam kehidupan,

Kuatkanlah ikatannya,
Tegakkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya,

Terangilah dengan cahaya-Mu,
Yang tiada pernah padam,
Ya Rabbi bimbinglah kami,

Lapangkanlah dada kami, 
Dengan karunia iman,
Dan indahnya tawakal pada-Mu,

Hidupkan dengan makrifat-Mu,
Matikan dalam shahid di jalan-Mu,
 Engkaulah Pelindung dan Pembela,



Pesanan untukku dan juga sahabat-sahabat seperjuanganku.,ayuh kita gerak bersama walau di mana kita berada.,segala-galanya kerana Allah matlamat tertinggi kita semua..Allahuakbar..!
Akhir kalam..terima kasih kepada kalian kerana sudi bersahabat denganku kerana Allah

~coretan Hang Li Po~
Merlimau, Melaka.

No comments:

Post a Comment