..Duhai hati ..
Ya Allah..rasa berdosa..aku tak suka perasaan nih..melaghakan aku..aku tak suka...benci...
Walaupun kata orang itu adalah fitrah..aku akui..kadang-kadang rasa bahagia..suka..tapi..tak kena dengan jiwa aku...aku tak gemar perasaan macam ni..ya Rahman bantulah aku melawan nafsu jahat ini..sesungguhnya aku ini insan yang tersangat lemah di sisi-Mu ya Rabb..
Memang sebelum ini aku mencari-cari cinta..cinta yang kata orang untuk penuhi fitrah insani..aku bersyukur,aku ditemukan dengan insan yang selayaknya untuk aku yang dhaif ini..tapi.,setelah kutemui..aku rasa takut..aku takut sekiranya aku melebihkan cintaku pada insan itu..
Aku berlawan dengan hati..aku berlawan dengan nafsu ini..aku tak nak ingat tentang dia..aku tak nak dia mendapat dosa kerana perbuatanku ini..tapi semakin aku cuba untuk melupakannya..semakin Dia uji aku..Dia nak uji diriku sejauh mana aku nak taqarrub padanya..cinta dan kasih pada-Nya..
Ya Rahim..aku nak dekat pada Kau..aku nak hampir pada Kau..aku nak Kau tidak jauh dari diriku yang hina dina ini..bantulah aku Ya Rabb!
“Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Waaduud..
Aku pohon pada-Mu..janganlah Kau kurangkan cintaku kepada-Mu,setelah aku ketemu insan yang bakal membimbingku..Sesungguhnya Kau sangat-sangat berhak untuk aku lebih mencintai dan mengasihi-Mu..
Ya Ghaffar..
Ampunilah dosaku sekiranya aku terlalai dari lebih mengingati-Mu..kerana aku ini hamba-Mu yang lemah,faqir dan mudah lupa..
Ya Razzaq..
Tambahkanlah kecintaanku kepada-Mu dengan Kau ringankan anggota badanku untuk berjuang mencari redha-Mu..-menuntut ilmu dan melaksanakan gerak kerja Islam..
Istajib doa’i ya Allah..Ya Quddus..sesungguhnya Kau sebaik-baik tempat untuk aku meminta..
Ameen..
Kulipat kertas berwarna biru itu perlahan-lahan.Terima kasih duhai sahabat kerana memahami diriku..sungguh aku beruntung dipertemukan denganmu.Alhamdulillah..
Kau mengerti jiwaku.,kadang-kadang buat kupelik dan tertanya-tanya.Bagaimana kau tahu?
Kau inspirasiku yang sentiasa menasihatiku di kala kumemerlukannya. Sungguh aku terharu dengan kehadiranmu. Alhamdulillah.
Aku akan nantikan suratmu yang seterusnya sahabat.
Terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah denganku. Semoga kita dapat bertemu lagi..
wassalam..
..cinta kepada perjuangan..
No comments:
Post a Comment