Friday, January 13, 2012

::Deanlist::


 
  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..


Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan diri ini untuk menyelesaikan 5 kertas dalam masa seminggu dalam erti kata sebenar, setiap hari ada peperiksaan. Sewaktu mula-mula melihat jadual di KMJP aku termenung panjang, dalam hati berkata-kata sambil otak ligat berfikir. Macam mana nak bahagikan masa ni..exam berderet, di tambah pula dengan subjek-subjek yang agak kritikal. Allahuakbar. Lemah semangatku, tapi nak tak nak, aku perlu tempuh juga. Aku seorang pejuang! (tiba-tiba je..) ^_^

Seminggu sebelum peperiksaan, inbox ku dimasuki satu mesej ringkas, tapi penuh bermakna.. ;

'3 of us must deanlist this semester'

Pause. Mampukah aku? Persediaan yang memang tak ada, hanya dengan sedikit ingatan sewaktu di dalam kuliah dan tutorial. Nota-notaku masih cantik lagi. Tak ada kesan contengan 'highlight' warna-warniku. Tiba-tiba aku rasa gentar untuk menghadapi peperiksaan. Hatiku menjerit, 'Aku tak bersedia!'

Tapi mesej itu tetap kubalas dengan menyatakan 'Insha Allah', walaupun hakikatnya adalah sebaliknya. Kerisauan semakin menerjah di fikiran. 

Minggu studyweek aku habiskan dengan penuh makna. Secara jujur aku tidak manfaatkan sepenuhnya dengan menghabiskan bacaan nota, malah pelbagai urusan aku selesaikan sepanjang minggu tersebut., dan aku rasa bahagia dengan kerja-kerjaku (Apa kerjanya..?Shh.. Rahsia.. ^_^)

Selesai kerjaku. Peperiksaan semakin menjengah. 5 hari lagi. Countdown. Aku perlukan spirit. Batinku menjerit lagi. Waktu-waktu terdesak ni fikiranku melayang-layang di kampung halaman hingga aku rasa jam. Ia semakin jadi parah bilamana ada sesetengah sahabat turut perasan perubahan yang aku alami sehinggakan mereka menasihatkan agar aku pulang ke kampung berjumpa keluarga. Homesick. Betul. Aku perlu merawat jiwa ini dengan segera.

30 Disember 2011. Kepulanganku disambut dengan penuh kegembiraan dan wajah ceria mak, ayah, dan adik-beradikku yang ramai. "Dah lama awak tak balik," ujar mak ketika aku memeluknya. Pelukan itu aku eratkan lagi bila mak mengucapkan kata-kata itu. Aku sekadar tersengih. Dalam hati aku berkata, 'bukan tak nak balik, tapi tak boleh balik..huhu'. Aku tahu, mak faham kenapa aku jarang balik rumah. Kemudian aku salami pula ayah.,tangannya yang kasar itu menyentuh kepalaku sambil digosok-gosokkan tangannya hingga lipatan tudungku senget. Alamak! Hm.,tapi tak mengapa sebab aku suka cara ayah. Ayah walaupun tidak  banyak cakap, tapi ekspresi mukanya nampak gembira bila aku berada di depannya. Usai. Aku renung dan pandang lama-lama wajah mak dan ayah. Mampukah aku menghadiahkan mereka sebuah kejayaan? Hatiku tiba-tiba rasa sebak.

31 Disember 2011. Hari yang selalu aku nantikan. XPDC Dakwah anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sempena sambutan tahun baru 2012. Malangnya tahun ini, ia jatuh pada hari aku berada di Melaka. Ada sedikit kecewa yang terbit di sudut hatiku. Aku ingin ke sana. Tapi..apakan daya Allah telah tetapkan aku berada di sisi keluarga tatkala sahabat-sahabatku sibuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Aku cemburu, tetapi aku tetap berbangga dengan sahabat-sahabatku yang berjiwa seorang pejuang. Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaya menjayakan misi dakwah ini. Ingatlah perjalanan dakwah kita terlalu panjang, bukan sekadar di kampus dan bergelumang dengan dunia mahasiswa, tapi selagi hayat dikandung badan!

Itu cerita di penghujung 2011. 

Awal 2012. Musim peperiksaan.
4 Januari 2012 :  Maharat al-Kitabah
6 Januari 2012 :  Fiqh Mua'malat & Jinayat.
9 Januari 2012 :  Akhlak dan Tasawuf
10 Januari 2012 : Pengajian Qiraat
11 Januari 2012 : Pemikiran Islam Semasa
12 Januari 2012 : Akhlak al-Quran dan al-Sunnah
13 Januari 2012 : Kepimpinan dan Pengurusan Islam
17 Januari 2012 : Pengurusan Masa


Sewaktu entri ini di tulis, aku telah melepasi hari-hari yang 'menazakkan', sukar nak digambarkan keadaan itu di dalam catitan ini. Ada pelbagai kisah suka dan duka. Adakala rasa semangat itu hadir. Adakala semangat itu jatuh merudum. Allahuakbar. DIA Maha Pengasih kerana DIA kurniakan aku sahabat-sahabat yang soleh dan musleh. Terima kasih adik beradik seperjuanganku. Gembira bersama kalian. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.,dengan sebaik-baik balasan. :)

Kertas Pengurusan Masa bakal aku jawab. Aku tidak boleh sia-siakan masa. Kadang-kadang aku rasa malu berada di dalam kelas ini. Pengurusan masaku masih berterabur lagi. Tidak munazzamah. Tetapi 2012, aku bertekad untuk menjadikan 2011 sebagai tahun pengajaran buatku untuk memperbaiki sistem pengurusan masa. Sifat disiplin perlu diterapkan dalam jiwa seorang pejuang sejati. Insha Allah. Usaha itu perlu. Gambateh! 

Deanlist this semester..? Wallahu'alam.. 

'Ya ALLAH.,Jika kejayaan ini boleh mengizzahkan Islam., KAU kabulkanlah permintaan ini ya Allah..amin3..'

ومن يتصبر يصبره الله

p/s: ketika entri ini ditulis, saya berada di sebelah Asiyah Yusra. Terasa malu dengannya. Serius. Tulisan saya ini banyak cacatnya. Kesalahan tatabahasa dan struktur ayat. Mohon tunjuk ajar dan teguran dari sahabat-sahabat yang 'terbuka' blog saya. Saya dalam proses belajar menulis. Antara bidang yang saya minat. Saya bercadang untuk lebih serius dalam bidang ini. Moga Allah bantu mudahkan niat saya ini. Insha Allah.

Terima kasih.

8 comments:

  1. Ish,,,sape yg kata tulisan akk ni tonggang terbalik? Smart la tu..:)

    InsyaALlah, sama2 kita doakan kite semua deanlist this sem ok! And also for 'three' of you... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Kinah.. insha Allah.. terinspirasi dgn kata2 awak haritu..moga jadi kenyataan.. amin3..

    ReplyDelete
  3. huhu..saya lagi segan dengan H2O..semangat dan disiplinnya..gambate..;)

    ReplyDelete
  4. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Setiap jalan yang ditelusuri pasti hikmah itu sentiasa mengiringi.

    ReplyDelete
  5. Asiyah Yusra.. islah wa musleh ye... teguran n nasihat itu perlu...

    ReplyDelete
  6. Azan Safar., insha Allah.,mencari hikmah itu..

    ReplyDelete