Monday, January 16, 2012

::Teruskan Langkah Itu::

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani



"Rapuhnya hati aku ya Allah.,
Ini lah tandanya aku jauh dengan-Mu ya Allah.,
Ya Allah ampunkanlah aku ya Allah,
Aku hanya insan kerdil ya Allah,
Aku banyak buat dosa ya Allah,
Aku malu dengan-Mu ya Allah
Aku sungguh-sungguh malu ya Allah"

Hati dia tidak terkata.
Selepas kata-kata yang dikeluarkan itu,
Dia cuba telan sedikit demi sedikit
Seolah-olah ia amat pahit dan susah diterima,
Tapi dia berusaha untuk menelan kepahitan itu,
Dan akhirnya dia berjaya
Walaupun kesan-kesan pahit itu kelihatan masih ada,
Dia cuba minum air.
Dia cuba pula makan gula bagi mengurangkan kepahitan itu,
Akhirnya pahit itu hilang sedikit demi sedikit

Memang ia memerlukan satu tempoh untuk pulih teman,
Aku mengerti kamu.

"Aku harap sangat-sangat agar hatiku ini dapat dipulih seperti sediakala,
Aku ingin nikmati cintaku kepada-Mu,
Aku ingin bertaubat ya Allah,
Aku ingin buka lembaran baru,
Aku ingin jadi lebih baik,
Aku ingin islah diri ini,
Banyak sangat cacatnya,
Astaghfirullah.."

"Ya Allah
Kau tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus
Terangilah jalan itu dengan cahaya iman dan taqwa
Sungguh aku ingin kembali kepada-Mu
Dengan sebenar-benarnya,
Dengan sungguh-sungguh,
Bantulah aku ya Allah.
Agar aku sentiasa dalam peliharaan-Mu
Agar langkahku diiringi dengan rahmat-Mu
Agar hatiku dipandu oleh-Mu."

Kalimah ini saya terjumpa di dalam kotak hati seorang teman ketika saya berada di sisinya.,yang saya sangat memahaminya..yang kemudian saya terjemahkannya menjadi kata-kata seperti ini., sabarlah duhai teman..percayalah Allah uji hatimu supaya kamu jadi lebih tabah..berkata memang mudah, nak menghadapinya sangat susah.. Allah ada bersama-Mu, percayalah..! Semoga cas-cas positif mengelilingimu teman..Saya doakan moga kamu kuat.. 

Lagu ini saya tujukan buat kamu.. muhasabah bersama ya teman..! Saya akan berada di sisi kamu jika kamu memerlukan saya..





No comments:

Post a Comment