ان الله وملائكته يصلون على النبي يآايها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما
Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai oarang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
(Surah al-Ahzab ayat 56)
Rabi'ul Awal. Bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Kekasih Allah s.w.t.
___________________________
Fenomena.
Stesen televisyen mula menayangkan drama-drama Islamik sempena Maulid Nabi.
Corong-corong radio mula menjemput ustaz ustazah, berceramah tentang riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Lagu-lagu nasyid dan selawat berkumandang.
Pihak sekolah mula membuat persiapan untuk menyambut Maulid Nabi. Pelbagai persiapan dibuat. Siapa penceramah yang 'best dan popular' untuk dijemput supaya pelajar tertarik mendengar dan tidak mengantuk semasa ceramah sedang berlangsung. Pening jugak cikgu-cikgu.
Pihak masjid dan surau begitu juga. Tazkirah yang disampaikan oleh penceramah yang bertauliah banyak berkisar tentang Rasulullah s.a.w. Berdegar-degar. Bila tengok bilangan jemaah yang mendengar. Hm.,berapa kerat je..
Post dalam Facebook kebanyakannya mengajak selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w, mengajak cinta kepada baginda. Saya tidak menyatakan ianya salah. Ini medium dakwah kepada insan yang bermaksudkan amar makruf (menyuruh orang berbuat baik). Kalian memang terbaik!
Tetapi,
Seolah-olah memang dah ditetapkan bulan ini temanya ialah bulan mengenangkan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Bulan cintakan Rasulullah s.a.w.
Adakah ini persepsi?
Hati ini tiba-tiba sayu. Sedih.
Cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., cinta yang sifatnya bermusim.
Layakkah kita berbuat demikian terhadap baginda Rasulullah s.a.w.? Tepuk dada tanya iman.
Kalau benar cinta kita cinta yang bersifat sentiasa., mari buktikan!
الرسول قدوتنا
اللهم صلى على سيدنا محمد
terbaik dr nti..malu menyatakan cinta kpd dia kekasih Allah kerna dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa..allahummasolli'ala muhammad..
ReplyDeleteAllahurabbi... ana baru belajar sikit2 dlm dunia penulisan ni.. isi pun sikit., x banyak huraian..
ReplyDeletekita sama2 berusaha buktikan cinta kepada baginda s.a.w., amalkan sunnah Nabi yg termampu..
tegur2 n nasihatkan ana ya.. rindukan kalam2 berbisa dari nti...~ :)
teruskan kalam ustazah..
ReplyDeletesalam alaik saudari, isu yang baik untuk di kupas.
ReplyDeletepersoalannya, pernahkah kita terfikir mengapa?
jawapannya; kerana bid'ah masih berleluasa.
ustaz hilman.,insha Allah..selagi Allah izinkan..
ReplyDeletesaudari Firas.. Allahu yubaarik..
Assalamualaykum.
ReplyDeleteBagi para pencinta nabi, cinta kepada baginda tidak pernah bermusim. bahkan cinta pada baginda diterjemahkan pula dalam kehidupan seharian iaitu dengan mengamalkan sunnah baik yang sekecil-kecil sunnah hinggalah yang sebesar-besarnya.
persoalannya adakah kita tergolong dalam kalangan pencinta Sayyidina Muhammad s.a.w. dan ahlul bayt? jika peribadi baginda sahaja kita tidak mampu mengenalnya, bagaimana cinta akan lahir? jika tiada rasa cinta apakah sunnah akan dilaksana? jika sunnah dibiar leka, apakah kita mampu istiqamah dalam mengalunkan selawat yang tinggi nilainya di sisi Allah?
Berkata syeikhi al-Habib al-Walid al-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki(moga Allah memeliharanya), "setiap perkara sunnah yang tenggelam, pasti akan digantikan dengan perkara bid'ah. contohnya, party hari jadi dll yang seumpamanya".
Bersama bermuhasabah dan mengambil 'ibrah dan iktibar. Peringatan bersama. wallahua'alam =)