Saturday, February 25, 2012

Siapa Kawan Baik Awak?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

24 Februari 2012.

Pertanyaan dari sahabat baik ketika saya dalam perjalanan balik ke kampung halaman. Siapa kawan baik awak di kampus? Tergamam dengan soalan yang sedemikian. Susah jugak nak jawab. Siapa ya? Terkenang, kalau dulu waktu zaman kanak-kanak, dalam buku biodata.,mesti akan tersenarai istilah 'kawan baik' 'kawan rapat' dan 'kawan istimewa' yang memerlukan kita menulis nama-nama insan berkenaan. Dan dengan senang hati kita akan menulis nama-nama insan terpilih itu.,tanpa rasa bersalah kalau ada rakan yang tidak tersenarai berkecil hati dengan kita.

Apabila usia menginjak ke alam dewasa, tiada lagi istilah kawan baik dalam kamus hidup. Mungkin faktor peredaran masa membuatkan diri kita tidak pernah terfikir siapa kawan baik kita sekarang. Sebab ada yang beranggapan semua yang baik dengan kita adalah kawan baik kita. Setuju?


jangan biarkan diri keseorangan


5 CARA MEMILIH KAWAN BAIK :

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama: Pilihlah kawan yang suka melindungi kawannya kerana dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

Kedua: Pilihlah seorang kawan yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: Pilihlah kawan yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: Kawan yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Kawan yang baik ialah mereka yang membawa kita ke syurga., pilihlah kawan atas dasar iman dan taqwa.


Berkawanlah kerana Allah!


2 comments:

  1. akak mesti ramai sangat kawan baik sampai tak larat nak tulis semua.. klo x tulis semua, ade pulak yg kecik hati kan.. ^^

    ReplyDelete