Alhamdulillah. Allah masih kurniakan nikmat iman dan islam. Fatrah sekarang,
kian menghimpit. Assignment dan beberapa perkara penting perlu diuruskan. Peperiksaan
kian hampir. Bak kata pepatah Inggeris, examination is around the corner! Persediaan
untuk peperiksaan? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Kalau dalam mana-mana perlumbaan sekalipun.,minit-minit
terakhir amat bermakna dan sangat berharga kerana pada waktu itu lah kita akan
menggunakan waktu itu semaksimum mungkin. Percayalah! Ada taktiknya. Ada rahsianya.
Kalau kita bandingkan dengan situasi seorang pelajar ketika
hendak menyiapkan assignment dan peperiksaan makin hampir (saya yakin kita
semua mampu membayangkan situasi begini) serta kerja-kerja yang dihantar perlu
tepat pada masanya. Kelam-kabut. Pening. Serabut. Allahuakbar!
Luahan seorang sahabat baik saya mengenai situasi sekarang
yang agak menekan dan masa yang menghambat membuatkan saya termangu dan terfikir,
‘Ya, saya faham sebab saya berada pada tempat yang sama dengan dia’. Betapa amat
perit dan susah. Di kala inilah, peranan sahabat sekeliling yang baik hati
diperlukan. Walaupun tidak mampu membantu menyiapkan tugasan, yang paling utama
ialah sokongan dan dorongan untuk kita terus berusaha dan yakin kita akan
beroleh kejayaan. Percayalah, dengan kata-kata semangat yang ringkas seperti ; ‘Saya
yakin awak boleh!’ telah membuatkan sahabat kita rasa terdorong untuk
meneruskan usaha di kala keadaan yang menekan.
Major Depressive Disorder
Saya ketemu istilah ini melalui seorang sahabat. Agak janggal
pada mulanya. Tapi ada sedikit tarikan dengan istilah ini kerana ia berkaitan
dengan keadaan seseorang apabila dilanda masalah dan kemurungan. Antara ciri-ciri
orang yang mengalami masalah ini biasanya akan mempamerkan mood yang sangat negatif
meliputi segala aspek kehidupan, tidak berdaya dan berputus asa. Ini hanyalah gambaran ringkas tentang
penyakit ini. Menurut penerangan yang lebih terperinci mengenai Major
Depressive Disorder (MDD) ia menandakan penyakit ini sangat serius kerana
melibatkan mental dan akal manusia seterusnya mengganggu cara kehidupan manusia.
Kita Hamba
Sebagai orang
yang mengaku dirinya seorang muslim yang beriman dan bertaqwa perkara sebegini
perlu dielakkan daripada terjadi. Walaupun kita akui kadang-kala ‘inilah yang aku rasa’. Astaghfirullah! Maka, Saya
ingin nasihatkan untuk diri saya dan sahabat-sahabat, teruskan dengan dekatkan
diri kepada Allah. Baca al-Quran kerana di situ ada penawarnya. Sentuhkan dahi ke
lantai tanda lemahnya kita disisi-Nya. Mohonlah kekuatan dan bantuan dari
Allah. Dia Maha Mendengar. Dia mahu dengar rintihan hamba-Nya. Mintalah selagi
mana kita berada di muka bumi ini. Mintalah selagi kita dikurniakan nikmat
hidup. Mintalah. Mohonlah. Dia akan makbulkannya apabila telah sampai waktunya.
Percayalah!
Teruskan Usaha
Allah telah berfirman di dalam al-Quran, mafhumnya : ‘Jangan
berputus asa dengan rahmat Allah’. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia mahu
kita berada di bawah rahmat-Nya. Sentiasa. Kerap. Sehingga kita ketemu
hikmahnya. Insha Allah kejayaan bakal milik kita bersama. Tersenyumlah. Saya yakin kalian akan mengukirkan senyuman itu, kalau tidak di bibir di hati pun
boleh..! ^_^ Gambateh..!
Buat teman seperjuangan,
Jangan berasa lemah
Kerana kau tidak keseorangan
Yakinlah kejayaan bakal milik kita bersama. (Optimis!)
Insha Allah
Amin..
Allahuabar.
ReplyDeleteJazakallahu khoiran kathiran kak Hamiza atas perkongsian yang sangat bermanfaat.
Betul. Kadang-kadang terlalu banyak perkara datang pada satu-satu masa. Masa itu, terlalu tertekan dan tiada kata yang boleh dikata selain,
YA ALLAH...
mungkin ini lah masanya Allah mahu kita lebih dekat dengan DIA...
.: Moga thabat dengan jalan yang dipilih ini.:
^__^