Thursday, January 31, 2013

Umar's Family

'Umar.

Nama usrah saya.

Sempena nama sahabat Rasulullah s.a.w.

Saidina 'Umar Al-Khattab.

14 orang.

Mereka sumber inspirasi saya. Pemangkin untuk saya kuat di UKM.

Mereka punya semangat yang tinggi melangit. Saya jadi kagum dengan daya juang mereka.

Mereka punya idealisme yang tersendiri, personaliti yang berbeza-beza. Ya, saya lebih belajar mengenal manusia melalui mereka. Berdikit-dikit.

Saya ada sejarah yang tersendiri bagaimana boleh bersama mereka. Biarlah ia menjadi rahsia antara kami. Ianya sangat manis untuk di kenang.

Apa yang istimewanya 'Umar ialah kami jadi 'gila' untuk berusrah. Menjadi suatu kewajipan untuk kami bertemu setiap minggu walaupun kesibukan mencengkam. Kami tiada port khusus untuk bertemu. Adakala di medan selera. Ada ketika di rumah Allah. Dan pernah sekali di padang golf!

Ah, saya jadi rindu!

Mereka pengubat saya di kala di rudung masalah. Penyeri saya di kala bersedih.

Mereka tidak berbuat apa-apa, malah selalu tidak tahu saya sedang berduka. Cumanya apabila bersama mereka hati saya jadi girang. Bagai tiada masalah.

Ah, ia sangat sukar untuk dijelaskan! Biarlah saya sendiri yang tahu keindahannya.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami. :)

Terima kasih akak ucapkan, kalian memang terbaik!

Minta maaf sebab tak dapat beri seperti yang naqib kalian berikan, cuma akak berharap kalian dapat rasa apa yang naqib kalian tak dapat berikan. :)

Dedikasi : Khuza, Fahmi, Akma, Hasyir, Farhana, Razif, Hanan, Abdullah, Hanim, Masyitah, Sufiy, Aisyah, Azim, dan Sarimah.



Moga ukhwah kita lestari.

Biar semuanya kerana Allah.

Ukhuwahfillah!

p/s : Mahu kalian seperti 'Umar Al-Khattab. Jangan calarkan identiti sahabat kesayangan Rasulullah ya! ^_^

2 comments: