عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: لايؤمن أحدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه. رواه البخاري ومسلم
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., khadam Rasulullah s.a.w. bersabda, "seseorang di antara kalian tidak beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah s.w.t. :
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (al-Hujurat 49:10)
Kedua-dua dalil di atas menunjukkan bukti wujudnya persaudaraan di dalam syariat Islam. Islam itu syumul (menyeluruh) bukan? Melalui persaudaraan, timbullah perasaan kasih sayang.
Ukhwah a.k.a persaudaraan tidak dapat dipisahkan dengan sifat kasih sayang, belas kasihan, bantu-membantu, ambil berat dan segala macam sifat baik lagi.
Kadang-kadang apabila ukhwah sesorang itu sudah sampai tahap 'adik beradik' boleh jadi, mudah saja nak lepaskan marah atau geram (jangan tiru!)
Tetapi, boleh jadi ada manfaatnya ialah kita mampu menegur sahabat kita jika dia buat salah. Itu salah satu kepentingan berukhwah. 'Berpesan-pesan kepada kebenaran' (al-'Asr : 3).
Dalam pada kita nak menegur sahabat kita buat silap.,kena juga ambil kira hati dan perasaan dia, jangan hentam keromo/semberono je.. Allah pun ada pesan dalam al-Quran, dalam surah an-Nahl ayat 125., maksudnya:
"Serulah manusia kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.. "
Susah atau mudah? Kita mampu pilih mana yang terbaik.
-----------------------------------------------------
Terdapat 3 tahap ukhwah :
1) Bersangka baik/berlapang dada (سلامة الصدر)
Contoh situasi ;
Saudari A : Malam ni ada jamuan sempena meraikan ulangtahun kelahiran Nazifah, awak dapat datang tak?
Saudari B : Maaflah, saya tak dapat datang.,sampaikan salam pada dia ya.
Saudari A : Kenapa?
Saudari B : Saya ada urusan, maaf ya, saya pergi dulu..Assalamualaikum..(bergegas meninggalkan saudari A)
Saudari A : [terpinga-pinga] Hm.. takpelah., mungkin dia kejar masa..
2) Sama rata (مساوة)
Mencintai sahabat sebagaimana mencintai diri sendiri. Ertinya, kalau beli aiskrim yang harga RM2.00 untuk diri kita, kalau nak belanja kawan.,kena harga yang sama jugak ye.. (^_^)v
3) Mengutamakan sahabat (اثار)
Contoh situasi ;
Saudara A : Tengah buat assignment ke?
Saudara B : Haah, kenapa?
Saudara A : Maaf ganggu kejap. Ana nak minta tolong ni, tolong carikan maklumat dalam internet pasal isu pilihanraya kat Mesir. Maaf menyusahkan, ana kejar masa ni. Huhu..
Saudara B : Eh.,takpelah, bagi pendrive enta.
Saudara A : Ok.,time kasih ye..! [sambil tersenyum :) ]
Allahurabbi.. alangkah indahnya hidup ini, kalau kita amalkan cara berukhwah ikut yang Islam ajarkan. Aman dunia! [Betul ke? Saya bagi ruang kalian berfikir/kita sama-sama fikir, betulkah?]
Jangan rasa serik untuk berukhwah walaupun adakalanya kita akan rasa kecewa dan sedih dengan sahabat kita.. Teruskan ukhwah itu., kerana ukhwah itu tersangat indah bila kita sandarkannya kepada Allah.. percayalah! (^_^)
أحبكم فالله