Sunday, January 1, 2012

::Tiada Tajuk::



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah.,segala puji bagi Allah.,

2011- terlalu banyak kisah suka duka berlaku menandakan kuasa Allah yang berkuasa mengaturkan perjalanan hidup hamba-Nya. Buat aku terfikir sejenak, Allahuakbar! Siapalah aku? [terkadang perasaan malu itu menyerap di lubuk hati, sungguh!]

Usia semakin bertambah dan makin mampir dengan kematian. Amalan sudah di tahap yang mana? 
Usia semakin bertambah dan makin mampir dengan kematian. Ilmu sudah di tahap yang mana?
Usia semakin bertambah dan makin mampir dengan kematian. Hubungan dengan Allah dan manusia bagaimana?

Allah,
Terasa banyak sungguh kekurangan.
Terasa banyak sungguh kelemahan.
Siapalah aku?

=========================================================================

2011- hidup sebagai seorang mahasiswi di bumi perbukitan ilmu-Universiti Kebangsaan Malaysia-

Aku boleh katakan bukan suatu yang mudah.

Cuma aku boleh kata, cabaran berada di sini mematangkan aku. 

Aku boleh kata juga, berada di sini mendidik aku menjadi insan yang tabah walaupun tidaklah setabah Sumayyah! [Siapalah aku?]

Aku boleh kata juga, berada di sini mengajar aku menjadi pemberani walaupun tidaklah seberani Khaulah Al-Azwar.. [Siapalah aku?]

Cuma aku boleh kata lagi, aku bersyukur berada di sini.. Alhamdulillah!

==========================================================================

2012-Aku cuba menyediakan diri untuk menerima cabaran yang seterusnya walaupun ada sedikit kegentaran dan kerisauan.., Allahurabbi.. Sungguh hanya Kau yang Tahu akan apa yang aku tidak tahu..

Januari 2012-musim menuai selepas beberapa bulan menanam, membaja, dan menyiram tanaman.,telah tiba masanya! Rabbi yassir..

"Ya Allah., sesaat akalku mengingati sesuatu dan sesaat juga ia mampu melupai, Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui, tetapkanlah apa yang cemerlang dalam ingatanku adalah apa yang akan terkandung di dalam soalan yang Dikau berikan padaku dalam imtihanku, andai Kau tidak menerima doaku, tuhan mana yang akan menerima doaku ya Allah...amin3..."

Semoga kejayaan milikku dan milik sahabat-sahabatku..~


..Warna-warna Kehidupan..


Selamat Maju Jaya...

Terutamanya diri ini..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment