Tuesday, March 27, 2012

Tabahlah, Redhalah, Sabarlah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani




A : Saya sakit bila diuji sebegini, 

B : Allah menduga pada hamba-hamba-Nya terpilih kerana Dia sayang, dan pasti Allah menguji sekarang dengan keperitan sebagai persediaan untuk yang jauh lebih baik. Maka Allah titipkan ujian sebagai latihan.

A : Allahuakbar., insha Allah saya cuba untuk lebih kuat dan tabah,

B : Alhamdulillah, perlahan-lahan bina dan pertahankan kekuatan yang ada. Harus belajar melihat luasnya lapangan kasih sayang yang Allah beri berbanding jalan sempit yang kita pilih.

A : Saya setuju., biarlah apa yang berlaku lepas ni mengikut aturan Allah., Dia sebaik-baik perancang. Saya ingin mencari redha Allah, saya tak nak mencari murka DIA. Moga ujian ni sebagai penguat untuk saya maju ke hadapan.

B : Insha Allah., pasti ada hadiah yang istimewa bagi mereka yang syukur dan sabar dgn ujian Allah kerana Allah akan datang kepada hamba-Nya yang dalam keadaan berlari jika hambanya datang kepada-Nya dalam keadaan jalan dan seterusnya..


sebenarnya., HAKIKAT BAHAGIA ITU MILIK ALLAH..!






Thursday, March 15, 2012

Pencari Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani




Pencari Bahagia

Seorang insan pencari bahagia,
Di kala badai melanda,
Angin ribut dan taufan menggila,
Dia tetap teguh berdiri,
Mencari bahagia

Seorang insan pencari bahagia,
Di kala hiruk pikuk manusia,
Pekikan dan riuh rendah suasana,
Dia masih di sana,
Mencari bahagia

Seorang insan pencari bahagia,
Di kala kesunyian dan kesejukan mencengkam,
Gema sang cengkerik bersahut-sahutan,
Dia duduk bertafakur dan berzikir,
Mencari bahagia

Dia,
Seorang insan pencari bahagia,
Terus menerus mencari bahagia,
Tanpa kenal erti lelah dan putus asa,
Tanpa mengendahkan kritikan manusia,

Biarkanlah pencari bahagia dengan dunianya
Tenggelam dalam mencari hakikat bahagia

Teman,
Bahagia itu perlu dicari.,
Walau sesukar mana sekalipun.,
Kerana bahagia itu wujud dicelahan-celahan kehidupan.


Monday, March 12, 2012

Bersama Zaid Akhtar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani





Hati berbunga-bunga. Bagai ada taman di dalamnya. Hari ni rasa gembira sebab dipertemukan dengan penulis Novel Islami, Ustaz Mohd.Yazid bin Abdul Majid atau nama penanya, Zaid Akhtar. Rasa tidak rugi apabila dapat bersua dengan beliau pada slot kedua, di Wacana Penulisan Dakwah 2012 anjuran Jabatan Dakwah dan Kepimpinan FPI, UKM.

Saya mengenali tulisan beliau melalui ruangan novel bersiri di akhbar Utusan Melayu, Salju Sakinah, sewaktu usia saya di bangku menengah. Setiap hari saya akan sentiasa ternanti-nanti episod yang seterusnya. Sungguh! Saya jatuh cinta dengan gaya bahasa dan plot yang dipersembahkan. Sehingga saya menyimpan keratan novel bersiri ini. Ini tahap kecintaan saya terhadap sastera. Sebenarnya banyak lagi karya-karya berbentuk cerpen yang saya gunting dan simpan serta menjadikannya koleksi. Kini, cinta terhadap sastera subur kembali. Apakah tandanya? Merasakan adakah saya bakal menjadi penulis? Jawapannya hanya Allah yang lebih Mengetahui.


Dakwah Berverstail Lewat Mata Pena


Dakwah itu rencam sifatnya. Luas medannya. Namun ia adalah wasilah. Matlamatnya pula adalah Islam. Jelas. Terang lagi bersuluh. Penulisan salah satu cabang medan dakwah. Anugerah bakat kreatif membolehkan berdakwah menerusi pena, tanggungjawab sebagai pendakwah tersebut amatlah besar lantaran ia tidak dimiliki oleh semua orang. Ia suatu ibadah jika berada di landasan yang betul.


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah."   (Ali-Imran:110)

Kata kuncinya ialah 'amar makruf nahi mungkar'. Menjadikan penulisan sebagai wadah yang perlu diterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Melahirkan jiwa-jiwa yang berfikir dan berzikir.

Imam Nawawi, Syed Qutb, dan Prof.Hamka. Antara tokoh-tokoh dalam bidang penulisan. Baru tersedar, rupa-rupanya dunia penulisan sudah lama wujud.

Prof. Hamka sebagai contoh Ulama' Nusantara yang turut berkongsi karya kreatifnya di dalam bidang penulisan. Antaranya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Saya akur dengan kehebatan Prof. Hamka setelah membaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Memang bukan calang-calang orang. Aktivis Islam. Sasterawan. Ulama'. Anugerah Ilahi!

Menulislah!

"Anda tidak akan merasai kemengahan berlari kalau anda tidak memaksa diri untuk memulai langkah pertama"

Butir bicara Zaid Akhtar buatku sedikit termangu.

Makna kata, tulislah. Segalanya bermula dari kosong.
 
Antara kriteria-kriteria yang harus dimiliki oleh seorang penulis ialah :

1. Bakat
2. Minat
3. Displin (rajin membaca dan rajin menulis)
4. Kaya dengan pengalaman hidup
5. Berdaya imaginasi
6. Pengetahuan, ilmu dan intelektualiti.
7. Berakhlak, berhemah dan berwibawa
8. Menguasai lebih daripada satu bahasa.
9. Sensitif dengan alam sekeliling
10. Kemahiran, kepakaran kreatif
11. Ketahanan fizikal, mental dan psikologi
12. Menguasai tatabahasa
13. Kesempurnaan pancaindera
14. Kepelbagaian tabiat seperti sense of humor, sensitif, peka dan tabah.
15. Jujur dan amanah
16. Cita-cita - ada impian dan wawasan.

Mungkin kriteria tersebut hanya sedikit atau separuh ada pada diri penulis kreatif.


Butir Bicara

Melalui riak wajahnya apabila melontarkan kata-kata di hadapan foyer FPI, saya berpendapat beliau seorang yang pemalu. Agakan saya tepat apabila bekas pelajarnya di SMKA Segamat mengiyakannya, akan tetapi, sifatnya itu tidak menghalang untuk beliau berucap dengan baik dan lancar. Kagum. Ditambah dengan sifat beliau yang merendah diri.

"Walaupun ustaz dah berkecimpung dalam dunia penulisan hampir lebih sedekad, tapi ustaz hanya ada empat buah novel yang telah diterbitkan, berbanding dengan penulis-penulis yang lain," ucapnya satu-satu. 

Saya sempat bertanyakan dua soalan kepada beliau mengenai siapakah sifunya dan bagaimana karya yang berjaya dihasilkan telah mencapai kualiti yang terbaik.

Jawab beliau, "Othman Puteh. Caranya mudah. Siarkan karya anda di blog atau portal dan minta komen pembaca, selain berani menghantar karya anda ke media seperti majalah dan akhbar. Jika karya anda tidak diterbitkan bermakna perlu lagi penambahbaikan,"

Jawapan pertanyaan saya menjadi penutup untuk slot kedua.

Baru kumengerti. Memang bukan mudah untuk menulis supaya nilai-nilai murni itu terserap ke jiwa sang pembaca.

Saya mengharapkan autograf di diari hijau saya menjadi sumber inspirasi untuk saya terus menapak di arena penulisan.

------------------------------------------

"Awak kenal Zaid Akhtar?" soalku kepada teman sebilik.

 "Tak kenal lah, siapa tu?" soalnya kembali.

"Ala., penulis novel Salju Sakinah," jawabku sedikit teruja. Niat untuk berbual mengenai wacana tadi semakin memuncak.

"Hm., tak kenal la kak.," jawapannya untuk kali kedua itu menghampakan aku.

"Yeke.,hm., takpa lah., kita berbeza minat," ujarku cuba untuk mengendurkan suasana.

Sedihnya. Tiada teman yang boleh berkongsi cerita dan minat. Tapi yang penting, hari ini telah menceriakan saya. ^_^



"Kesedihan akan digantikan dengan kegembiraan apabila telah sampai masanya.."

Adakah masanya hampir tiba?

Saturday, March 10, 2012

Ulfah Mahabbah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak memasukkan entri baru, akhirnya DIA izinkan juga.




Salam. Along, lepas kuliah STI ateh nak jumpa Along kejap, boleh? 

SMS dari anak usrahku di minit-minit terakhir kuliah Sejarah Tamadun Islam.

Insha Allah boleh, [balasku]

Kelas tamat dengan suasana yang hingar bingar dengan pengumuman dari seorang sahabat mengenai tugasan kelas. Suara gelak tawa dan gurauan. Bingitnya. Aku mencari-cari kelibat Ateh.

'Mana dia ni..?'

Sejurus hati kecilku bersuara, kulihat Ateh melambaikan tangannya, tanda dia juga turut mencariku. Dia mengisyaratkan agar aku dan dia perlu keluar dari bilik kuliah dengan segera, melarikan diri dari suasana  sebegitu.

Kulihat wajahnya yang ceria dan tersenyum lebar. Ada berita baikkah?  Diri ini mengharapkan agar Ateh membawa berita gembira. Tangan kananku ditarik dan di bawa ke tepi dinding. Hm.,tertanya-tanya!

"Along, untuk semester 2 ni, adik beradik Ulfah Mahabbah semakin bersemangat nak teruskan usrah," kata-kata Ateh buat aku tergamam. Alhamdulillah. Riak wajahnya yang ceria sewaktu mengkhabarkan kondisi usrah kami meyakinkan aku.

"Masing-masing dah cadang dan bagi planning semester ni nak buat aktiviti apa selain usrah yang biasa kita buat., hm.,Alang cadang nak tambah beberapa buku yang nak dibincangkan dalam usrah nanti," tambah Ateh lagi tanpa sempat aku bertanya.

Ateh antara penggerak usrah kami. Dialah yang akan mencari masa dan tempat yang sesuai jika aku tidak sempat untuk mengaturkannya. Terima kasih Ateh!

"Alhamdulillah., terima kasih Ateh.," kurasa senyuman tidak lekang dari bibir. Gembira bercampur terharu.

"Ok.,nanti Along set masa usrah kita ya, hm.,jadual kuliah dan tutorial kami dah bagi, nanti Along check kat emel.."

"Insha Allah., jangan risau ya.,"

Sejurus selepas itu, kami berpisah. Salam dan pelukan erat mengakhiri perpisahan kami.

Subhanallah! Bersemangat untuk terus berusrah dengan adik-adik. Pengubat ketikaku memerlukan penawarnya. Ilaahi..!

Moga Allah redhai segala perbuatan kami.




Sunday, March 4, 2012

Surat dari UPNM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.




To : ustazah yang baik hati,

Sometimes in life we will be left alone,
to tend ourselves by ourselves..

Sometime we feel that we doesn't have anyone in our lives,
but sometimes, in that sometimes, we learn to know ourselves, our weakness, our strength, and our heart..

We learn to pull ourselves by ourselves in our lowest moment without anyone

We learn to be resiliant to the pain of live,.

We learn to grow to be tougher, to be who we are at the best and happiest..

Sometime, there are reason for someone to do something even they didn't mean to do it..

And because of that sometimes, I found you, my dear sister, whom i'll always remember and pray for your happiness..

From : Budak Comel.

'Jalan yang benar baru kutemui, setelah dahulu sesat di jalan yang suram..Ya Allah, semoga hidayah ini tetap untukku..'

"kak, doakan saya istiqamah ya., sedang berusaha untuk kuat sebab tiada dorongan, untuk kekal bermujahadah..

sedang sendiri, berdiri di jalan ini.,semoga pertemuan ini menjadi permulaan meningkatnya semangat dalam diri untuk terus istiqamah dan kekal di jalan-Nya..

Doakan saya ya.."

p/s : Surat ini saya dapat dari seorang teman dari UPNM semasa program 'Bengkel Pemimpin Muda Sebagai Penggubal Dasar Peringkat Kebangsaan 2011' di Kedah. Perkenalan kami singkat. 3 hari 2 malam. Tapi bagai sudah lama berjumpa. Ada yang indah bila berada di sana rupanya., Allah pertemukan dia dengan diri ini.. dan Allah ketemukan semula saya dengan surat ini.. ^_^