Saturday, March 10, 2012

Ulfah Mahabbah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak memasukkan entri baru, akhirnya DIA izinkan juga.




Salam. Along, lepas kuliah STI ateh nak jumpa Along kejap, boleh? 

SMS dari anak usrahku di minit-minit terakhir kuliah Sejarah Tamadun Islam.

Insha Allah boleh, [balasku]

Kelas tamat dengan suasana yang hingar bingar dengan pengumuman dari seorang sahabat mengenai tugasan kelas. Suara gelak tawa dan gurauan. Bingitnya. Aku mencari-cari kelibat Ateh.

'Mana dia ni..?'

Sejurus hati kecilku bersuara, kulihat Ateh melambaikan tangannya, tanda dia juga turut mencariku. Dia mengisyaratkan agar aku dan dia perlu keluar dari bilik kuliah dengan segera, melarikan diri dari suasana  sebegitu.

Kulihat wajahnya yang ceria dan tersenyum lebar. Ada berita baikkah?  Diri ini mengharapkan agar Ateh membawa berita gembira. Tangan kananku ditarik dan di bawa ke tepi dinding. Hm.,tertanya-tanya!

"Along, untuk semester 2 ni, adik beradik Ulfah Mahabbah semakin bersemangat nak teruskan usrah," kata-kata Ateh buat aku tergamam. Alhamdulillah. Riak wajahnya yang ceria sewaktu mengkhabarkan kondisi usrah kami meyakinkan aku.

"Masing-masing dah cadang dan bagi planning semester ni nak buat aktiviti apa selain usrah yang biasa kita buat., hm.,Alang cadang nak tambah beberapa buku yang nak dibincangkan dalam usrah nanti," tambah Ateh lagi tanpa sempat aku bertanya.

Ateh antara penggerak usrah kami. Dialah yang akan mencari masa dan tempat yang sesuai jika aku tidak sempat untuk mengaturkannya. Terima kasih Ateh!

"Alhamdulillah., terima kasih Ateh.," kurasa senyuman tidak lekang dari bibir. Gembira bercampur terharu.

"Ok.,nanti Along set masa usrah kita ya, hm.,jadual kuliah dan tutorial kami dah bagi, nanti Along check kat emel.."

"Insha Allah., jangan risau ya.,"

Sejurus selepas itu, kami berpisah. Salam dan pelukan erat mengakhiri perpisahan kami.

Subhanallah! Bersemangat untuk terus berusrah dengan adik-adik. Pengubat ketikaku memerlukan penawarnya. Ilaahi..!

Moga Allah redhai segala perbuatan kami.




No comments:

Post a Comment