Thursday, July 14, 2011

::Husnu Zan vs Su'u Zan::



 
"Apa maksud husnu zan? su'u zan? Tak pernah dengar pun," pertanyaanku memang agak naif bunyinya.

"Husnu zan tu maksudnya bersangka baik, su'u zan tu pula bersangka buruk" jawab seorang kakak seniorku sambil tersenyum.

Peristiwa itu berlaku sewaktu aku mula-mula melangkahkan kaki di bumi Darul Quran. Banyak perkataan-perkataan Arab yang aku mula dengar di sana, antaranya biah solehah, su'u zan, dan termasuklah husnu zan.

 Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku." (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksud hadis riwayat Muslim : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaaan kamu berbaik sangka dengan Allah."

Maksud bersangka baik dengan Allah ialah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.


Ciri-ciri seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
 
2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah akan menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.


Bagaimana pula cara kita bersangka baik sesama manusia..?

1. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain.

2. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut.

3. Saling mendoakan kesejahteraan.

4. Mudah memaafkan.
Secara mudahnya, husnu zan ini sama maksudnya dengan think positive.. (^^.)




Berbeza pula dengan su'u zan atau bahasa paling mudah-negative thinking.

Allah berfirman yang bermaksud : "sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah." (surah 'ali-Imran:154)

Allah berfirman yang bermaksud :"wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa." (surah al-Hujurat:12)

 Apa punca manusia boleh buruk sangka kepada Allah??
  • tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t
  • tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji
  • ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau tidak
 Leburkan buruk sangka itu dengan :
  • berusaha menambah ilmu 
  • jangan sesekali berprasangka buruk tanpa asas
  • pandang sisi baik dan lupakan sisi jahat
  • sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian nagatif
  • mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan
  • sembunyi keburukan muslim
  • mohon kepada Allah diberikan sangkaan yang baik. Doa Sa'id bin Jabir : Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu sebenar-benar tawakkal ke atas-Mu dan sebaik-baik sangka dengan-Mu."


Jadi pilihan ada di tangan kita.,sama ada kita nak yang baik atau nak yang buruk..sebab dalam kehidupan ini kita memang tak dapat lari daripada membuat pilihan..fikir-fikirkan.. :)

No comments:

Post a Comment