Duhai Hati.,
Kalau dahulu kurasakan hargaku tinggi nilainya malah amat susah disentuh orang,
Kini, kurasakan nilaiku makin turun dan mudah disapa orang..
Adakah aku terdesak hingga sanggup menggadaikan hargaku?
Astaghfirullahal 'azim...
Itu bukan aku yang dulu!
Aku yang dulu amat payah ditegur malah menegur!
Ya Allah..
Ini ujian untukku.,yang aku perlu hadapi.,
Dengan penuh hati-hati agar langkahku beriman sekali,
Betapa bukan mudah untuk kukawal diri agar seteguh srikandi sejati.
Betapa bukan mudah untuk kukawal diri agar seteguh srikandi sejati.
Ya Allah..
Sungguh kuakui kelemahanku melayari kehidupanku yang kini yang tak sesuci dulu,
Sungguh aku takut meniti hidup ini,
Sungguh aku perlu bersungguh-sungguh melawan sebarang perkara mazmumah,
Sungguh aku akan berusaha mendekatkan diri dengan Al-Khaliq,
Allahu Rabbi..
Sahabat yang kukasihi kerana Allah,
Luahan hati ini ingin didengari agar ada yang menasihati..
Ya Allah.,sahabatku, sungguh aku risau akan dirimu keseorangan menghadapi ujian ini. Memang amat berat dan pahit untukmu. Tapi usah kau risau.,ujian ini tanda Allah ingat pada-Mu,agar imanmu bertambah,agar kasih sayangmu kepada-Nya bertambah. DIA cemburu kepadamu kerana melebihkan manusia berbanding DIA yang selayaknya kau lebihkan..
Bersabarlah duhai sahabat aku akan sentiasa mendoakanmu agar dipelihara Allah. Selamat Bermujahadah!
Ah! Sebelum terlupa, ada beberapa tips yang boleh dijadikan pedoman kepadamu agar kau terhindar daripada anasir-anasir jahat,antaranya:
Banyakkan berdoa
Banyakkan membaca al-Quran serta tadabbur
Solat sunat Taubat dan Hajat
"Dan berpesan-pesan kepada kebenaran" Al-'Asr : 3
No comments:
Post a Comment