Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tidak terungkap dengan kata-kata apabila diri ini masih menjadi pilihan Allah s.w.t. untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan, malah sempat bertemu dengan Ramadhan Kareem..Alhamdulillah!
Firman Allah s.w.t. :
Melalui firman Allah s.w.t., puasa yang diwajibkan merupakan salah satu wasilah untuk kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Inilah masanya untuk kita betul-betul merasakan nikmatnya bulan Ramadhan. Inilah medan yang terbaik untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadat. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Tidak mustahil, mungkin inilah yang terakhir untuk kita. Gunakan masa yang ada semaksimum mungkin agar lebih dekat dengan Allah s.w.t.
Apa yang dimaksudkan dengan tarbiyyah ruhiyyah?
Tarbiyyah ruhiyyah merupakan didikan bersifat ketuhanan, iaitu penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Di antara halangan para pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek pembersihan jiwa di dalam diri. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada para mujahid untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat-ibadat hati. Tarbiyyah ruhiyyah amat perlu dititikberatkan bagi setiap mujahid kerana ini merupakan benteng yang paling kukuh apabila cabaran dan ujian menghampiri kita. Antara amalan yang disarankan supaya visi kita semua berjaya ialah :
- Qiyamullail - solat sunat Taubat, Hajat, dan Istikharah.
- Baca al-Quran setiap hari - turut menghayati supaya terkesan di hati.
- Baca Mathurat pagi dan petang.
- Solat fardhu berjamaah - paling terbaik adalah setiap waktu solat.
- Solat sunat tarawih - paling terbaik lakukannya setiap hari.
- Solat sunat rawatib.
- Perbanyakkan zikir (kurangkan bercakap perkara yang tidak bermanfaat)
Bagaimana, sudah bersediakah untuk merasai kemanisan beribadat di dalam bulan Ramadhan? Saya yakin, kita semua tidak sabar untuk menempuh hari-hari yang dipenuhi dengan rahmat dan keampunan dari Allah, disamping memperoleh natijah yang diidam-idamkan. (^^,)
Menurut pandangan Badi'uzzaman Syed An-Nursi :
"Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak menerima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah, ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air."
~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H~
'BERSAMA MELANGKAH MENGINSPIRASI UMMAH'
No comments:
Post a Comment