Saturday, June 23, 2012
Kad Wangi
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Semasa entri ini dinukilkan, saya masih ada 3 kertas yang berbaki untuk diluahkan. Sejarah Pemikiran II, Penyelewengan Dalam Tafsir Al-Quran dan Sejarah Tamadun Islam. Subjek yang perlu dibaca dan dihadam dengan teliti. Moga Allah mudahkan urusan saya.
Jumaat malam, saya sempat bertemu dengan sahabat-sahabat saya, berusrah bersama mereka dan mendengar pengisian penuh makna dari Ustaz Shukor, setelah penat memerah otak pada petangnya, Sikap Orientalis Terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah. Lega.
Usai usrah, kami dikejutkan dengan kad wangi oleh seorang sahabat kami. Dia bakal mendirikan mahligai indah bersama teman pilihannya tidak lama lagi. Ucapan hamdalah dan tahniah kami ucapkan. Saya tidak sempat bertemu dengan sahabat saya memandangkan dia pulang lebih awal, mungkin malu, mungkin mengejar masa.
Saya belek kad wangi itu, comel dan cantik, dihiasi dengan gambar kartun. Tersenyum sendirian ditambah gembira dengan berita ini. "Kak Miza bila lagi, kami tunggu kad wangi akak. Tak sabar ni", seorang sahabat mengusik saya. Usikan dia itu disambut oleh beberapa orang sahabat. Suasana sedikit riuh. Saja nak kenakan!
"Insha Allah, doakanlah!" ujar saya sambil tersenyum. Semakin galak mereka menyakat saya. Saya anggap itu hanya gurauan sahabat-sahabat saya yang sudah lama tidak ketemu. Saya raikan mereka yang mahu mengusik saya. Terhibur seketika.Usikan sebegini sudah banyak kali. Sudah lali.
Mazaya'ni Intima' Lil Islam. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga. Huraian dari Ustaz Fathi Yakan jelas tentang pembinaan rumahtangga Islam, dengan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Tanggungjawab untuk menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat Islam. Cara pertama dan selari dengan matlamat ini ialah dengan membentuk rumahtangga Muslim. Menegakkan Islam di dalam 'masyarakat kecil' ini dengan menyampaikan dan mendidik keluarga dengan Islam. Firman Allah s.w.t. :
"Oleh itu janganlah kamu menyeru (menyembah) Tuhan yang lain disamping Allah yang menyebabkan kamu termasuk dalam golongan orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat. dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman. (As-Syua'ra' 213-215)
Oleh itu, tugas yang dipertanggungjawabkan secara langsung ke atas seorang Muslim, setelah tanggungjawab terhadap dirinya, ialah tanggungjawab terhadap keluarga, rumah dan anak-anaknya. Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)
Saya tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci mengenai isu ini. Cuma mahu menjentik pemikiran saya dan pembaca tentang rumahtangga Muslim secara dasarnya. Saya belum cukup mahir untuk membicarakan tentang ini.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeletemahal tak kad wangi?
KLIK ISU MATRIKULASI DAN PELAJAR PANDAI