Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Allahuakbar
Dari Aisyah r.a, bahawa Abu Bakar Al-Siddiq r.a. menemui
Rasulullah s.a.w, lalu beliau membicarakan sesuatu dengannya, yang
disembunyikan dari Aisyah yang ketika itu
Aisyah sedang solat. Lalu beliau berkata :
“Wahai Aisyah,hendaklah engkau mengucapkan bacaan yang
sempurna yang lain.” Tatkala Aisyah sudah memberi salam, dia menanyakannya
kepada beliau. Maka beliau berkata:
“Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
semua kebaikan yang lalu dan akan datang, yang kuketahui dan yang tidak
kuketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari semua kejahatan, yang lalu dan yang
akan datang , yang kuketahui dan yang tidak kuketahui. Dan aku memohon syurga
kepada-Mu dan yang dapat mendekatkan ke sana, berupa perkataan atau perbuatan. Dan
aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan ke sana berupa
perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kebaikan kepada-Mu seperti yang
diminta hamba dan Rasul-Mu, Muhammad kepada-Mu. Dan aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatan seperti hamba dan Rasul-Mu, Muhammad, yang memohon perlindungan
kepada-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu urusan yang Engkau tetapkan bagiku, agar
Engkau menjadikan kesudahannya sebagai kebenaran.”
Doa itu ibadah. Doa itu merupakan ‘isi’ kehidupan. Doa itu ungkapan kepasrahan hamba kepada Rabbnya.
Yang dibaca setiap waktu, dalam keadaan senang mahupun di kala mendapat ujian,
tatkala sempit mahupun lapang. Memohon pertolongan kepada Allah bererti lari
kepada-Nya.
Kata Imam Al-Hulaimi: Doa ini merupakan jawami’ul-kalim
(kata-kata yang singkat namun luas pengertiannya) dan dianjurkan syariat.
Seseorang yang berdoa dengannya, bererti dia meminta segala kebaikan kepada
Allah, dan berlindung segala kejahatan. Apabila seseorang yang berdoa
meremehkan kebaikan yang dimintanya dan kejahatan yang dihindarinya, bererti
dia meremehkan dirinya sendiri.
Mahu doa diterima Allah? Begini caranya :)
1. Merasa pasti dalam berdoa
dan percaya bahawa Allah akan mengabulkannya. Meskipun masalah yang kita pinta
kepada Allah berat dan sukar, hati kita mesti tetap ada keyakinan bahawa Allah
akan memenuhi dan mengabulkannya. Dari Anas, dia berkata Rasulullah s.a.w.
bersabda :
“Apabila salah seorang di antara kamu
berdoa, maka hendaklah dia meneguhkan masalahnya, dan janganlah sesekali
dia mengucapkan: “Ya Allah, apabila Engkau menghendaki, maka limpahkanlah
kepadaku.” Sesungguhnya Dia tidak enggan kepadanya.”
2. Mengulang-ulang dalam
berdoa. Ini adalah cara terpuji kerana ia merupakan gambaran sikap merendah
diri kepada Allah dan kepasrahan kepada keagungan-Nya serta husnuz-zann
(bersanga baik) kepada rahmat-Nya. Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah
s.a.w. bersabda :
“Masih tetap akan dikabulkan bagi seseorang
hamba selagi tidak berdoa dengan dosa atau pemutusan tapi persaudaraan, dan
selagi dia tidak terburu-buru.” Ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa
maksud terburu-buru itu? Baginda menjawab, ‘Dia berkata: Aku sudah berdoa dan
aku sudah berdoa pula tetapi aku tidak melihat Dia memenuhi bagiku’, lalu dia
pun merasa letih pada ketika itu dan tidak lagi berdoa.”
Maka, teruslah berdoa!
3. Berdoa dengan suara
perlahan dan lembut. Inilah yang diperintahkan Allah kepada kita, agar kita merendahkan diri dan pasrah kepada-Nya. Firman Allah s.w.t :
“Berdoalah kepada Tuhan-Mu dengan berendah
diri dan dengan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas.” (Al-‘Araf:55)
Keypoint nya ialah lembut, merendahkan diri
serta khusyuk.
4.
Memohon kepada Allah dengan
asma’ dan sifat-sifat-Nya yang tinggi. Firman Allah s.w.t :
“Allah mempunyai asma’ al-Husna, maka
memohonlah kepada-Nya denga menyebut asma’ al-Husna itu.” (Al-A’raf:180)
5. Berdoa dengan amal soleh.
Kalau rasa banyak dosa yang telah dibuat, istighfar dan bertaubatlah mohon
keampunan dari Allah, agar doa kita tidak ‘terawang-awangan’. Dosa yang pernah
dilakukan boleh jadi sebab doa tidak termakbul. Muhasabah.
6.
Makan makanan yang baik,
mengangkat tangan ke atas dan menghadap kiblat.
Teruskan berdoa. Pinta segalanya kepada Al-Khalik. Jangan ada istilah putus asa. Barakallah!