sakura di Irbid
Seminggu ini hujan turun lebat. Kata orang di sini penamat musim sejuk. Allahuakbar. Kuasa Allah. Kalau di Malaysia kering dan panas. Apabila suara mahu merungut, pasti segera menggantikannya dengan rasa syukur, asbab memikirkan tanah air sudah lama tidak dilimpahi hujan. Allahuakbar!
Hujan turun beserta dengan tiupan angin yang kuat dan udara sejuk. Hingga suatu ketika frost turun dengan banyaknya. Terkumpul seolah-olah salji! Subhanallah. Bersyukurlah!
Musim bunga bakal menjelma.
...................................
Cuaca sejuk yang masih bersisa ini menjadikan motivasi untuk menghabiskan bacaan buku yang dipinjam. "Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari'" karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Tulisan pertama beliau yang saya baca ini memang mampu membuatkan saya termotivasi secara tidak sengaja. Kerana pada mulanya buku tersebut dipinjam hanya untuk menghabiskan masa lapang.
Dari sudut pemerhatian secara rambang, kandungan di dalam buku tersebut sangat ilmiah, bermanfaat dan dipenuhi dengan fakta. Faktor beliau merupakan ahli akademik telah menjadikan buku tersebut sungguh enak dan kenyang bagi mereka yang sukakan bacaan santai tetapi penuh fakta. Dari sudut gaya bahasa yang digunakan tidaklah terlalu bersastera dan tidak banyak 'bunga', akan tetapi ianya tetap menarik perhatian saya untuk menyambung bacaan walaupun di dalam kesejukan. Alhamdulillah. Buku yang setebal 437 muka surat berjaya saya khatamkan selama 2 hari setengah, di samping terpaksa bertarung dengan suhu sejuk.
Apa yang menarik hati saya untuk mencoretkan perihal karya Ustaz adalah kerana kandungannya yang sering menyebut 'SAHAM AKHIRAT', 'KEMATIAN', 'AMALAN', serta perkara-perkara yang berkaitan dengan dakwah dan sumbangan untuk Islam dan ummah. Allahuakbar! Termuhasabah. Jadi kelu seketika apabila dihitung dan dikira amalan ini. Ditahap yang mana?
Ustaz turut menyatakan kepentingan menuntut ilmu, menyampaikan dan mengamalkannya. Beberapa siri pertemuan Ustaz bersama ulama' terulung di dunia menyebabkan saya rasa kagum. Kisah keazaman yang beliau tonjolkan di dalam buku berkenaan menjadikan saya berfikir dan menilai. Adapun kebaikan dan kelebihan yang diceritakan Ustaz masih mampu menjadikan sifat rendah diri masih menebal di dalam penulisan beliau. Kerana ianya berkaitan dengan 'DAKWAH' dan 'SAHAM AKHIRAT'.
Cukup. Terlalu panjang dan 'mahal' untuk dihuraikan di dalam entri saya. Jadi saya mengajak rakan-rakan yang masih belum membaca buku Ustaz agar berusaha mendapatkannya dan bacalah sehingga habis. Usaha untuk menilai dan mengambil pengajaran daripada buku "Diari Musafir Jangan 'Berhenti' Berlari".
Selamat membaca! :)
No comments:
Post a Comment